Berkenalan dengan seseorang di laman sosial ada risikonya – anda mungkin menemui cinta sejati di sebalik pengenalan tersebut dan mungkin juga bakal menjadi mangsa penipuan individu terbabit.
Insiden yang berlaku kepada seorang gadis dari Banten, Indonesia ini mungkin sedikit ‘lucu’, namun ia boleh menjadi lebih buruk jika kita terlalu meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang belum pernah kita temui.
Laporan dari Tribunnews mengatakan bahawa Anah Syakila berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook, sejak setahun lalu sebelum memutuskan untuk berjumpa pemuda itu pada 6 November lalu.
Anah sentiasa berhubung dengan lelaki tersebut dari Facebook ke WhatsApp. Semakin lama Anah semakin jatuh hati dengan lelaki tersebut. Lelaki itu dikenali sebagai Rian dan berasal dari Tulungagung. Dia tertarik dengan lelaki tersebut kerana ketampanannya.
Rian sering menghantar gambarnya termasuklah ketika berada di pejabat, yang membuatkan dia semakin ‘cair’ dan sayang kepada pemuda tersebut.
Mereka akhirnya mengatur pertemuan untuk berjumpa dan Rian meminta Anah untuk datang ke Tulungagung.
Anah pada mulanya enggan berbuat demikian dan meminta Rian untuk datang ke tempatnya, namun lelaki tersebut memaklumkan dia tidak sihat lalu meminta gadis itu datang berjumpanya, Rian juga sanggup untuk membayar kos perjalanannya.
Anah bersetuju untuk berjumpa dengan lelaki itu tetapi lelaki itu tidak sama seperti yang selama dikenalinya tidak seperti yang dibayangkan.
Ternyata Rian menggunakan gambar orang lain untuk memancing Anah. Anah berasa amat kecewa dia pun melaporkan kepada pihak polis.
Hasil siasatan berdasarkan akaun Facebook yang digunakan Rian untuk berhubung dengan Anah, polis mendapati lelaki itu menggunakan identiti palsu, selain mempunyai satu lagi akaun Facebook bernama Xiply Diggter.
Menurut pegawai polis Bripka Dani Aristanto, nama sebenar Rian adalah Sugeng, dan dia berasal dari Desa Segawe, Kecamatan Pagerwojo.
Polis berjaya menjejaki Sugeng dan memanggilnya ke balai polis bagi menyelesaikan masalah dengan Anah, selain meminta dia membayar wang ganti rugi bagi tiket perjalanan pulang gadis itu.
Sementara, lelaki, yang gambarnya digunakan oleh Sugeng untuk menyamar menjadi dirinya melahirkan rasa kurang selesa dengan tindakan menyalah gunakan gambar dia untuk tujuan penipuan.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Viki Setyantoro, 24, berkata dia mengetahui mengenai hal itu selepas dimaklumkan oleh rakannya dari Aceh.
Sumber: Dipetik & diolah dari Malaysian Digest
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!