COVID-19 kini bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Saban hari terdapat kes-kes baharu yang dilaporkan. Kerajaan telah mencuba pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia.

Perintah kawalan pergerakan ini bertujuan untuk membendung atau mengurangkan risiko dalam peningkatan kes COVID-19. Rakyat Malaysia diharuskan untuk mematuhi beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Antara beberapa prosedur yang perlu diikuti adalah pemakaian penutup muka di tempat awam, membawa atau menggunakan hand sanitizer, dan kerap membasuh tangan.

Selain daripada itu, pada permulaan PKPB, kerajaan telah memberikan kawalan untuk tidak keluar daripada negeri yang didiami. Perkara ini telah menyebabkan rakyat yang mahu keluar negeri atau merentas daerah memerlukan surat daripada pihak polis.

Di samping itu, rakyat perlu mengikuti kawalan di mana kenderaan hanya boleh dinaiki oleh dua atau tiga orang penumpang sahaja. Ianya juga bergantung kepada bilangan ahli keluarga yang dibenarkan untuk keluar daripada rumah.

BACA JUGA :   Eropah Sedia Terima Pelancong Mulai Julai 2020

Perkara ini dilaksanakan adalah untuk mengelakkan pandemik COVID-19 ini semakin berleluasa. Rakyat juga tidak disarankan untuk keluar daripada rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting.

Akan tetapi, pada 5 Disember 2020 yang lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) telah mengeluarkan kenyataan di mana rakyat telah dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah. Kenyataan ini telah merangkumi negeri-negeri yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam pada itu, Menteri Kanan (Keselamatan) turut menjelaskan bahawa rakyat sudah boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan yang digunakan. Perkara ini menyebabkan sudah tiada sekatan jalan raya dan rakyat tidak perlu memohon surat untuk merentas daerah atau negeri. Kawalan untuk keluar daripada rumah mengikut bilangan tertentu juga sudah tiada.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Masih Kekal 4 Angka.

Namun begitu, kawalan ketat masih berlangsung ke atas kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Kawasan PKPD masih dalam keadaan yang dikawal rapi dan prosedur standard operasi masih berlangsung seperti sedia ada.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri Kanan (Kelamatan) turut menegaskan bahawa rakyat masih perlu untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Normal baharu seperti pemakaian topeng muka, memeriksa suhu badan sebelum memasuki premis perniagaan atau perkhidmatan masih berjalan seperti biasa.

Sumber: BERNAMA

Sumber : FB Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Antara perkara yang boleh rakyat lakukan adalah mengelakkan 3 C/S :

  • Crowded (tempat yang sesak)
  • Confined (tempat yang sempit)
  • Close conversation (sembang dalam jarak yang dekat)

Perkara yang perlu dilakukan, 3 W :

  • Wash (membasuh tangan dengan kerap)
  • Wear (memakai penutup muka)
  • Warn (memberikan amaran untuk tidak melakukan perkara-perkara yang perlu dielakkan)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here