Daging Arnab mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan. Disebabkan orang ramai telah mula sedar akan khasiat yang terdapat pada daging arnab. Ramai yang mula menjadikan arnab sebagai salah satu sumber daging.
Selain daripada mendapatkan bekalan arnab daripada penternak arnab itu sendiri atau membelinya secara atas talian. Bagi anda yang mempunyai banyak kelapangan masa, mari ceburi bidang penternakan arnab.
Ini kerana sudah ramai yang menternak arnab sendiri untuk mendapatkan bekalan daging arnab segar. Kebanyakan yang mula menternak arnab sendiri adalah sebagai hobi dan mahu merasa daging ternakan sendiri.
Walaupun begitu terdapat kelebihan dan kelemahan jika menternak arnab sendiri. Apa kelebihannya dan apa kelemahannya?
Antara kelebihan yang diperoleh jika menternak arnab sendiri ialah di peringkat permulaan menternak arnab, anda tidak memerlukan sejumlah wang yang besar. Sebenarnya, banyak yang memulakan usaha menternak arnab sendiri dengan hanya sepasang arnab dahulu.
Berbanding dengan ternakan lain, pemeliharaan arnab jauh lebih mudah. Arnab tidak mempunyai keperluan khas untuk makanan kerana mereka boleh memakan sayur-sayuran berdaun hijau atau juga padang rumput.
Arnab juga membiak dengan cepat. Ini kerana arnab mudah untuk dipelihara dan proses pembiakan arnab juga cepat, kerana arnab mempunya reproduktif yang tinggi. Bermula dengan hanya beberapa ekor arnab ini, anda mungkin terkejut melihat jumlah mereka bertambah dalam satu atau dua tahun.
Selain itu, daging arnab rendah kolesterol dan lemak daripada kebanyakan produk daging ternakan yang lain. Ini menjadikan daging arnab sesuai sebagai makanan utama bagi mereka yang mahu menjaga diet makanan.
Bagi kelemahan menternak arnab sendiri pula, sesetengah orang menganggap arnab sebagai haiwan peliharaan. Ini sangat mencabar bagi mereka yang melihat arnab sebagai haiiwan peliharaan. Tambahan pula jika mahu mengajak mereka menternak arnab sebagai makanan.
Bukan itu sahaja, menghasilkan daging arnab untuk dijual kadangkala lebih mahal daripada membeli produk daging lain di pasaran. Bagi mendapatkan doktor haiwan yang pakar dalam penjagaan arnab sangat kurang.
Oleh itu, apabila mahu mendapatkan pertolongan kadang-kadang ia boleh menjadi satu cabaran. Malah, bayaran doktor haiwan juga mahal apabila arnab tersebut jatuh sakit dan mahu mendapatkan rawatan.
Sumber : Domestic Animal Breeds
Sekiranya, peniaga mahu mendapatkan bekalan daging arnab yang segar, anda boleh mendapatkannya di syarikat Arnab Daulah. Syarikat Arnab Daulah membekalkan bukan sahaja daging arnab malah produk yang lain seperti bebola daging, burger daging, baja, urine dan bulu arnab.
Selain itu, anda juga boleh melayari laman web Arnab Daulah untuk mendapatkan bekalan daging serta produk arnab yang lain secara atas talian.
Antara kelebihan jika anda mendapatkan bekalan secara dalam talian adalah harga dapat dibandingkan dari penjual lain dengan mudah. Malah, anda boleh membeli-belah pada bila-bila masa sahaja dan ia juga menjimatkan banyak masa.
Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Arnab Daulah dan menghubungi talian di bawah.
Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322