Adib Khalid, 27 yang merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menafikan bahawa dia dan bakal isterinya, Izara Aishah telah menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah berharga RM1 juta sempena perkahwinan mereka.

Adib memberitahu “kereta mewah Rolls Royce model Phantom itu hanya dipinjamkan oleh abang sulungnya, Anas Khalid untuk digunakan sempena majlis perkahwinan mereka” menurut akhbar Kosmo.

“Kereta tersebut bukan hadiah kahwin. Sebaliknya kereta itu hanyalah pinjaman untuk kami melakukan penggambaran sebuah program perkahwinan bagi siaran Astro”.

kereta

“Rolls Royce diberi pinjam oleh abang saya, Anas untuk tujuan itu selain akan digunakan untuk perkahwinan kami sehingga selesai semua majlis,” jelasnya.

BACA JUGA :   Izara Aishah Dan Tunang Dapat Hadiah Kereta Bernilai 1 Juta Sempena Perkahwinan

Sebenarnya, berlaku salah faham dengan laporan berita tersebut kerana adiknya Asyraf Khalid yang memuat naik video di Insta Story. Adiknya hanya bergurau dengan mengatakan bahawa ia adalah hadiah perkahwinan mereka.

Sebaliknya, Adib dan Izara Aisyah sendiri tidak berkongsi apa-apa video atau gambar di Instagram.

Asyraf sahaja yang memuat naik video tersebut. Niatnya sekadar bergurau dengan mengucapkan tahniah kepada kami kerana dapat hadiah kereta,” katanya.

Di samping itu susulan perkahwinan Adib dan Izara, mereka akan bernikah pada hari ini manakala resepsi pula diadakan di sebuah hotel di ibu kota, Ahad ini.

Semoga kedua mempelai ini bahagia hingga ke anak cucu.

kereta


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

BACA JUGA :   Izara Aishah Dan Tunang Dapat Hadiah Kereta Bernilai 1 Juta Sempena Perkahwinan

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Malaysian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here