Pelajar yang mahu menyambung pengajian di bidang perubatan digalakkan mendaftar dengan Daulah Educonsult. Ini kerana Daulah Educonsult masih membuka kemasukan belajar di Kursk State Medical University untuk sesi Disember 2020.

Kursk State Medical University yang terletak di Rusia ini merupakan universiti yang pertama yang menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris. Universiti ini juga melakukan teknik pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran secara atas talian ini dilakukan berikutan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia.

Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, Polabd, Mesir, Bangladesh dan Turki. Antara bidang yang ditawarkan di Kursk State Medical University ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi.

Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. Merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Di sini, telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Ke Universiti Terbaik Di Rusia, Indonesia, Poland & Bangladesh

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.

  • SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
  • STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
  • Diploma – CGPA 3.0

Teknik pembelajaran secara atas talian Kursk State Medical University adalah seperti berikut,

  • Pelajar berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia.
  • Setiap kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek.
  • Para pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.
  • Teknik pengajian adalah kajian kes bersama profesor dan penggunaan nota.
  • Pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama.
  • Penglibatan pelajar pada setiap perbincangan amat penting.
BACA JUGA :   Along Rindu Mak Dan Ayah - Zulfarhan Luah Rindu Terhadap Sebelum Meninggal Dunia

Pelajar tidak perlu risau kerana universiti ini telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Kemasukan sesi Disember 2020 masih dibuka bagi pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian di Kursk State Medical University, Rusia. Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here