Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi pengajian islam yang terletak di Mesir. Jika para pelajar mahu menyambung pengajian sehingga ke Mesir. Pelajar digalakkan untuk mendaftar dengan Madrasah Daulah.

Maahad Buuth merupakan salah satu program yang telah ditawarkan oleh Madrasah Daulah kepada pelajar-pelajar. Madrasah Daulah ialah sebuah institusi agama yang ditawarkan kepada pelajar yang tidak mempunyai sebarang sijil SPM atau STAM.
Pendaftaran ke Madrasah Daulah adalah dibuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 21 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Selain itu, pelajar juga akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma.
Apabila selesai mereka lakukan pendaftaran di Madrasah Daulah, mereka tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth. Sebaliknya mereka perlu masuk ke kelas sebagai persediaan untuk menduduki ujian. Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Kelas yang dimaksudkan ialah
  •  Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
  •  Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al-Quran
BACA JUGA :   Universitas Sumatera Utara, Indonesia - Tawar Bidang Perubatan Peringkat Ijazah Sarjana Muda
Tempoh pengajian ke dalam kelas tersebut ialah tidak lebih daripada setahun. Selepas tamat pengajian di dalam kelas tersebut, sudah sampai masanya untuk mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian penentuan.

Ujian ini akan menentukan pelajar samada masuk ke Maahad Buuth atau pun tidak. Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke dalam Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 6.
Malah, pengajiannya juga adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tetapi bagi pelajar yang tidak berjaya melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah.
Di sini juga terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Mereka akan belajar dalam Bahasa Arab sepenuhnya sepanjang di Madrasah Daulah. Antara subjek yang akan dipelajari sepanjang di Dirosoh Khossor ialah : Tahsiinul Qur’an, Tahfizul Qur’an, Talaqqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab, Pengajian Umum, Program Study Tour dan Talaqqi Kitab Bersama Syeikh.

Selepas tamat sahaja pengajian di Madrasah Daulah, mereka akan boleh lanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar yang terletak di Kaherah, Mesir. Bidang yang akan ditawarkan ialah Pengajian Islam dengan tiga pecahan iaitu Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin. Tempoh pengajiannya adalah selama 4 tahun.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service : 0189624322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here