Beberapa orang kakitangan dan juga pesakit di Hospital Klang, didapati telah disahkan positif COVID-19.

Menerusi laporan Malaysiakini, jumlah pesakit dan kakitangan yang disahkan positif sekurang – kurangnya 40 kakitangan dan 50 pesakit. Sebelum ini pesakit disahkan negatif ujian COVID-19 semasa mereka dimasukkan.

Tetapi beberapa hari kemudian mereka mula menunjukkan gejala virus berkenaan selepas ditempatkan di hospital tersebut. Ujian saringan susulan yang telah dilakukan mendapati mereka positif jangkitan itu.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Dr Sha’ari Ngadiman punca jangkitan masih belum diketahui tetapi keadaan di sana adalah terkawal.

Menerusi laporan Malaysiakini, wakil pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menghadiri taklimat berhubung kemungkinan berlaku penularan di hospital tersebut. Daripada sumber yang diperoleh daripada pihak hospital mendedahkan kepada Malaysikini, didapati lebih 40 kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

BACA JUGA :   Lembah Klang Adalah Penyumbang Terbesar Kepada 2234 Kes COVID-19 Di Malaysia Semalam
Sumber Gambar : TheSTAR

Ini termasuklah doktor, jururawat dan pembantu perubatan serta 50 pesakit positif COVID-19, sejak tiga minggu lalu. Jelas sumber, perkara itu turut berlaku di beberapa hospital awam di Selangor.

Ianya masih tidak jelas tentang bagaimana jangkitan itu berlaku di hospital atau pesakit yang terkesan dengan wabak tersebut sebelum ke hospital terbabit. Daripada laporan Malaysiakini, kemungkinan penularan itu berlaku berikutan keadaan wad yang sesak.

HTAR ketika ini mempunyai 1,094 katil dan menerima pesakit paling ramai antara semua hospital awam di Selangor. Klang kini merupakan daerah paling banyak kes COVID-19 susulan kebanyakan kluster dalam kilang di kawasan perindustrian.

Sumber : Malaysiakini, Astro Awani

Daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes positif COVID-19 yang masih aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 14 617 kes. Berdasarkan laporan tersebut didapati kes baharu COVID-19 semalam adalah sebanyak 1220 kes.

BACA JUGA :   Amalan yang Perlu Dilakukan Ketika Bulan Ramadan

Negeri Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kes baharu iaitu sebanyak 368 kes dan diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 297 kes.  Namun begitu, jumlah kes pulih juga berada di angka tinggi iaitu sebanyak 1297 kes. Kes pulih di negeri selangor adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 720 kes pulih.

Disebabkan itu, setiap orang mestilah mematuhi arahan dan juga nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan KKM. Ianya bagi mengelakkan dari kita juga turut sama terkena jangkitan pandemik COVID-19 ini.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here