Madrasah Daulah adalah sebuah institusi pembelajaran bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa sijil SPM atau STAM. Jika anda berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin, Syariah atau Bahasa Arab, anda boleh mendaftar melalui program Madrasah Daulah. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult.

Melalui Madrasah Daulah, anda akan diserap masuk ke dalam Maahad Buuth sebelum menjadi penuntut di Universiti Al-Azhar. Maahad Buuth adalah sekolah menengah antarabangsa yang menempatkan pelajar daripada pelbagai negara. Kos pembelajaran di Maahad Buuth sepenuhnya ditanggung oleh Universiti Al-Azhar.

Di Madrasah Daulah, pelajar akan belajar ilmu berkaitan Bahasa Arab (wajib) dan beberapa subjek lain. Antara subjek atau aktiviti lain sepanjang pelajar berada di Madrasah Daulah ialah :

  • Tahfizul Qur’an
  • Tahsiinul Qur’an
  • Talaqqi Dalaman
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
  • Program Study Tour
  • Pengajian Umum

Pelajar akan belajar di Madrasah Daulah sebelum nama dipanggil untuk menjalani Ujian Imtihan Qabul. Ujian Imtihan Qabul adalah ujian untuk menguji kesedian pelajar untuk belajar di Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Ketahui Universiti Terbaik Yang Tawarkan Bidang Gerontologi Di Rusia

Bagi pelajar yang lulus dengan cemerlang di Ujian Imtihan Qabul, pelajar akan diserap masuk ke dalam Maahad Buuth. Bagi pelajar yang kurang cemerlang (gagal), pelajar akan diletakkan di Dirosah Khossoh. Di Dirosah Khossoh, pelajar akan terus menjalani pembelajaran untuk terus membuat persedian bagi memasuki Maahad Buuth.

Sistem di Mesir adalah bersifat konvesional. Apa yang dimaksudkan dengan ini adalah pelajar dapat belajar mengikut prestasi pelajar. Jika prestasi pelajar tinggi, pelajar akan naik ke peringkat seterusnya mengikut prestasi pelajar tersebut.

Dirosah Khossoh, peringkat pengajiannya mempunyai lima peringkat. Manakala bagi Maahad Buuth, peringkat bagi pengajiannya adalah sebanyak enam peringkat.

Sistem lompat digunakan untuk memastikan pelajar lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik. Pelajar akan belajar selama satu sehingga enam tahun di Maahad Buuth sebelum memasuki Universiti Al-Azhar dan memulakan pengajian selama empat tahun dalam bidang yang dipilih.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Platform Pelajar Daftar Kemasukan Ke Universiti Luar Negara.

Syarat kelayakan bagi Madrasah Daulah ialah :

  • Mempunyai semangat belajar yang tinggi
  • Berumur 12 sehingga 21 tahun
  • Terbuka kepada perempuan dan lelaki

Kepada anda yang berminat, sama ada untuk diri sendiri atau untuk anak-anak, pendaftaran boleh dilakukan. Anda boleh mengisi borang pendaftaran awal bagi kemasukan ke Madrasah Daulah  di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi konsultan Daulah Educonsult di talian :

No. pejabat : 03-92851322
Khidmat pelanggan : 018-9624322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Tidak hanya di Universiti Al-Azhar, Daulah Educonsult juga menawarkan tempat kepada mereka yang mahu menyambung pengajian ke negara yang lain seperti Indonesia, Rusia, Poland, dan Bangladesh. Anda boleh melawati laman web Daulah Educonsult di https://daulahmedic.com/.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here