Belajar di universiti terkemuka di Mesir seringkali mendatangkan pelbagai momen pahit dan manis dalam kehidupan. Banyak pengalaman yang ditempuhi pastinya mematangkan diri di samping menjadi perkara yang akan dikenang sampai bila-bila pun.
Tambahan pula, berada jauh dari keluarga tercinta menuntut setiap pelajar untuk berdiri di atas kaki sendiri dan melakukan sehabis baik bagi menggembirakan hati ibu bapa yang jauh nun di Malaysia.
Menurut Asma, pelajar jurusan perubatan di Universiti Mansoura, pada mulanya dia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Arab di Mesir. Maklumlah, sifat fizikal orang Arab memang jauh bezanya dengan tubuh kita orang Malaysia.
“Mula-mula saya sukar untuk menyesuaikan diri, namun lama kelamaan saya sudah adapt dengan budaya mereka dan sejak daripada itu saya tiada masalah untuk bergaul dengan mereka”, ujar Asma.
Bagi Asma, antara perkara yang perlu dicontohi adalah cara orang Arab menuntut ilmu. Pelajar-pelajar Arab selalunya mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan kerana teknik belajar mereka yang smart.
“Pelajar-pelajar Arab sangat tekun dalam menuntut ilmu. Mereka bijak dalam menghafal dan itulah faktor mereka mudah berjaya dalam jurusan perubatan. Meskipun sudah menghadiri kuliah, mereka juga sering mengikuti kelas tuisyen bagi memantapkan lagi pemahaman mereka”, tambahnya lagi.
Belajar di Universiti Mansoura telah banyak memantapkan soft skills dalam diri Asma. Secara tidak langsung, dia banyak terlibat dengan platform-platform agama dan juga aktif dalam persatuan.
Namun, belajar di luar negara pastinya tidak dapat lari daripada cabaran dan halangan yang tersendiri. Antara cabaran yang sering dihadapi oleh pelajar Malaysia di sana adalah language barrier. Ini kerana accent Bahasa Inggeris yang digunakan oleh orang Mesir agak berbunyi ala-ala Perancis dan sukar difahami.
Setakat ini, imej pelajar Malaysia di mata masyarakat Mesir seringkali disinonimkan sebagai pelajar yang rajin dan menghormati orang lain.
Sementara itu, Syafiq yang mengikuti jurusan pergigian di Universiti Alexandria berkata bahawa beliau seronok menikmati makanan Arab di sana.
“Tidak seperti Malaysia, makanan di sini adalah berasaskan roti, gandum serta daging. Apabila ada kenduri atau jamuan, selalunya ada juadah beberapa ekor kambing bakar yang dihidangkan dalam talam untuk para tetamu. Ayam juga dihidangkan dengan enak kerana ayam di sana dipotong empat dan kadang kalanya dua“
Menyebut mengenai budaya orang Arab, Syafiq mengakui orang Arab secara fizikalnya memang kasar tetapi hati mereka lembut. Itu semua tidak menjadi masalah apabila pelajar Malaysia boleh sesuaikan diri dan memahami budaya mereka.
“Bonding di antara pelajar dengan pensyarah memang rapat. Ini sangat membantu para pelajar dalam menuntut ilmu dan juga score dalam peperiksaan”, kata Syafiq.
Kedua-dua mereka mengakui bahawa Mesir bukanlah negara yang hanya ada padang pasir dan piramid, seperti yang dipandang oleh kebanyakan orang Malaysia. Mesir sangat kaya dengan tempat-tempat menarik dan bersejarah, yang tidak akan habis dikunjungi walaupun hingga tamat pengajian.
Lebih mencabar, Mesir adalah negara yang mengalami empat musim. Jadi, ada masanya keadaan cuaca yang terlampau sejuk memang menguji ketahanan mental dan fizikal.
Menurut mereka lagi, Daulah Educonsult telah banyak membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di Mesir. Selain itu, Daulah Educonsult banyak menghubungkan mereka dengan pelajar-pelajar dari Malaysia. Ini telah memudahkan mereka untuk berinteraksi dan menjadi teman untuk menghilangkan tekanan ketika penat belajar.
Ternyata belajar di Mesir telah banyak memberi perspektif baru dalam kehidupan masing-masing. Yang paling penting, universiti-universiti Mesir sememangnya destinasi yang tepat bagi para pelajar yang ingin mengikuti jurusan perubatan.
Sukatan pelajaran yang berkualiti tinggi ditambah dengan tenaga pengajar pakar pastinya menjamin masa depan cemerlang bagi anda di luar sana yang bercita-cita untuk menjadi doktor.
Daulah Educonsult sememangnya platform yang tepat bagi membantu anda mencapai cita-cita anda. Layari daulahmedic.com untuk maklumat lanjut.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.