Tiada sesiapa yang mahu menerima atau mendapat bahan masakan yang tidak segar. Bahan masakan perlulah segar supaya masakan menjadi lebih lazat dan selamat untuk dinikmati.

Sebagai pembekal makanan atau tukang masak yang menyajikan makanan kepada si pemakan, adalah penting untuk mengetahui status bahan masakan yang mahu dimasak. Perkara ini untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran makanan atau keracunan kepada individu yang makan makanan tersebut.

Pemilihan secara teliti adalah diperlukan supaya anda tidak menangis di kemudian hari. Bahan masakan yang sering digunakan seperti sayur, buah, ikan, daging dan lain-lain perlu dilihat kesegarannya. Mengelak lebih baik dari mengubati.

Justeru itu, Deenamik ingin merungkai apakah cara yang berkesan untuk mengetahui status kesegaran daging arnab yang terdapat di kedai-kedai pembekal.

BACA JUGA :   Industri Penternakan Arnab Di Malaysia.

Cara yang pertama adalah dengan melihat dan menyentuh permukaan luar daging arnab. Pastikan daging tersebut tidak melekit atau mempunyai tekstur yang berlendir.

Selain itu, anda boleh melihat warna pada daging tersebut. Pastikan warna daging tersebut berwarna merah jambu, atau merah muda. Elakkan membeli daging arnab yang sudah berwarna merah jambu gelap kerana ianya ciri daging yang lama.

Seterusnya, anda boleh menghidu bauan yang keluar daripada daging tersebut. Terus elakkan daripada membeli jika bau yang dihidu berbau busuk. Bau yang sepatutnya keluar daripada daging arnab adalah tidak kuat baunya.

Tambahan daripada itu, jika anda membeli daging arnab yang sudah siap dibekukan, anda perlu melihat adakah terdapat lebam pada daging tersebut atau tidak. Jika ya, elakkan membeli. Jika tidak terdapat lebam dan pembungkusan masih elok, anda selamat untuk membelinya.

BACA JUGA :   Daging Arnab, Sumber Protein Yang Baik Untuk Badan Manusia.

Sumber : drinkpinkonline, healthycatchups

Arnab Daulah menyediakan daging arnab segar kepada anda. Anda tidak perlu bimbang kerana pembelian daging arnab secara dalam talian adalah lebih mudah. Di samping menjual daging arnab segar, Arnab Daulah juga mengeluarkan produk berasaskan daging arnab seperti bebola daging arnab dan burger daging arnab.

Arnab Daulah juga mengeluarkan produk berasaskan arnab yang boleh digunakan untuk pertanian. Urine arnab digunakan sebagai fertilizer dan najisnya dibuat baja kompos.

Jika anda mahu mendapatkan produk-produk yang berkaitan, anda boleh menghubungi talian 013-2090322. Anda juga boleh layari laman web Arnab Daulah untuk mendapatkan informasi-informasi tambahan berkenaan arnab.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here