Malaysia telah menyekat sebarang perjalanan masuk ke Malaysia yang melibatkan 23 negara. Ini berikutan dengan varian baru virus COVID-19 yang telah dikesan di United Kingdom.

Menerusi kenyataan laman sosial Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, “Kerajaan masih mengekalkan sekatan perjalanan ke negara kita untuk 23 negara termasuk United Kingdom dari 7 September 2020 lagi. Susulan mutasi spike protein VUI 202012/01 pemantauan, ujian Covid-19 dan kuarantin akan diperketatkan.

Seperti yang kita tahu, kita telah digemparkan dengan varian baru virus COVID-19 di United Kingdom dan London. Terutamanya apabila varian baru itu dikatakan mempunyai kadar jangkitan 70 % lebih tinggi.

Menerusi laporan yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sidang media pada 24 Disember lepas. Varian baru virus COVID-19 ini juga turut dikesan negara jiran, Singapura.

BACA JUGA :   Kes Positif COVID-19 Sudah Tiba Di Kawasan Zon Hijau

Di Singapura, kes tersebut membabitkan seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun. Jelas beliau, ia telah menunjukan bahawa virus COVID-19 ini bukan sahaja wujud di kalangan komuniti. Malah, terus aktif dan berkembang membentuk varian baru yang lebih merbahaya.

Disebabkan itu, kita semua mestilah mematuhi SOP dan menjaga keselamatan, kebersihan diri dan juga jarak fizikal mestilah dijaga. Ini bagi mengelakkan daripada virus ini dari terus merebak. Bukan itu sahaja, anda semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan daripada melakukan 3S.

Mengelakkan Diri Dari 3S/3C :

  • Elakkan berada di tempat sesak,
  • Elakkan juga berada di tempat sempit
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat.

Mengamalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here