Menternak arnab memberikan banyak kelebihan. Selain menternak arnab kerana mahu mendapatkan daging. Tetapi tahukah anda, setiap bahagian pada arnab boleh diguna pakai.

Antaranya ialah bulu arnab dan juga najis serta air kencing arnab juga boleh di komersial kan. Najis dan air kencing arnab boleh dijadikan baja untuk tanaman anda dan urine arnab tersebut dijadikan fertilizer.

Sangat hebat bukan, terdapat banyak kelebihan jika anda menternak arnab ini. Arnab bukan sahaja untuk di makan, bulu serta najis arnab juga anda boleh gunakan atau menjual kepada pihak yang memproses baja.

Sumber Gambar: NHE Rabbitry

Seperi yang kita tahu daging arnab mempunyai banyak khasiat serta kelebihannya. Bulu arnab pula kebanyakannya dibuat untuk perhiasan. Bagi mereka yang tidak tahu, najis serta ‘urine‘ arnab boleh digunakan sebagai baja.

Baca artikel dengan lanjut untuk mengetahui tentang baja dari najis arnab ini.

Najis arnab atau baja tinja arnab adalah lebih baik daripada baja organik yang berada di pasaran. Baja tinja arnab ini akan membantu untuk menyuburkan serta membantu untuk memulihkan tanah.

BACA JUGA :   Daging Arnab Mempunyai Kurang Lemak Berbanding Daging Ayam

Ini kerana makanan arnab yang kebiasaanya ialah rumput, palet dan tumbuhan lain membuatkan arnab cepat membesar. Najis yang terhasil daripada makanan yang diberikan kepada arnab, mempunyai bahan organik yang sangat tinggi.

Tahukah anda, najis arnab juga membantu dalam pembiakan cacing tanah. Hal ini kerana najis arnab mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Malah, ia telah mewujudkan fertilizer semulajadi.

Ramai yang masih menggunakan baja sintetik fertilizer, ianya disebabkan oleh kurang pengetahuan serta pendedahan tentang sumber untuk mendapatkan baja fertilizer semulajadi secara murah dan berterusan.

Apa yang anda perlu tahu tentang perbezaan baja tinja arnab dengan baja organik ini? Perbezaan antara baja organik dengan baja sintetik adalah kandungan yang terdapat dalam baja tersebut.

Kandungan pada baja sintetik adalah nitrogen, asid fosforik dan potasium adalah sangat tinggi. Baja sintetik tidak dapat memulihkan tanah secara berterusan dan juga mempunyai kesan kepada persekitaran berikutan dengan kandungan kimia yang tinggi.

BACA JUGA :   Arnab Bukan Hanya Sekadar Peliharaan

Seperti yang kita tahu, tanah memerlukan bahan – bahan organik seperti najis haiwan untuk terus subur dan memulihkan tanah.  Najis akan kompos dengan semulajadinya akan memberikan tanah kelembapan dan memberikan nutrisi tambahan kepada pokok, tumbuh – tumbuhan dan sayuran.

Info : NHE Rabbitry

Syarikat Arnab Daulah merupakan syarikat pembekal produk arnab di Malaysia. Syarikat Arnab Daulah bukan sahaja membekal daging arnab, malah terdapat juga produk lain yang dibekalkan.

Antaranya ialah produk arnab lain yang dibekalkan ialah bebola daging arnab, daging burger, bulu arnab, baja tinja arnab dan urine arnab sebagai fertilizer.

Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab ataupun produk lain. Anda boleh menghubungi pihak Arnab Daulah menerusi talian dibawah serta layari laman web untuk maklumat lanjut.

Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here