Bidang penternakan arnab di Malaysia masih lagi belum cukup untuk menampung permintaan pengguna di Malaysia. Kebanyakan penternak mengikat kontrak atau menjalinkan hubungan perniagaan dengan peniaga restoran.

Untuk memenuhi permintaan peniaga, kadang-kala permintaan daripada pelanggan atau pengguna baharu tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Oleh itu, pihak kerajaan memberikan galakan kepada sesiapa yang mahu menceburi bidang penternakan arnab.

Terdapat beberapa ilmu yang perlu ada sebelum memulakan penternakan arnab. Antaranya ialah mengenal pasti kategori arnab antara arnab pedaging ataupun arnab hiasan.

Berikut adalah antara jenis atau baka arnab yang dikategorikan sebagai arnab pedaging :

  1. New Zealand White

Arnab jenis ini adalah antara baka arnab yang sering dilihat di industri penternakan arnab. Sudah banyak penternak yang menggunakan baka ini sebagai permulaan dalam industri penternakan arnab. Baka ini adalah antara yang terkenal kerana mempunyai daging yang banyak.

BACA JUGA :   Kesan Pengambilan Daging Arnab Kepada Manusia.

2. Californian

Dengan pengeluaran daging sekitar 60%, arnab jenis ini adalah antara arnab pedaging yang terawal dijadikan sebagai arnab pedaging yang diternak. Tidak hanya itu, bulu arnab jenis ini juga adalah sangat lembut. Di samping itu, arnab Californian merupakan antara arnab yang mampu untuk membiak dalam kuantiti yang banyak.

3. American Chinchilla

Arnab jenis ini boleh menjangkau sekitar 5.5 kilogram bagi betina dan 3.7 kilogram bagi seekor arnab jantan. Ianya juga lebih mudah untuk dijaga dan bulunya juga boleh diambil untuk membuat produk yang berasaskan bulu.

4. Flemish Giant

Dengan keadaaan fizikalnya yang besar, arnab ini juga sesuai untuk diternak untuk mendapatkan dagingnya. Arnab ini diimport daripada Belgium. Baka Flemish Gaint boleh mencapai sehingga 5.9 kilogram dan ke atas dan mengambil masa dalam setahun untuk matang.

BACA JUGA :   Dapatkan Bekalan Daging Arnab Menerusi Arnab Daulah.

Terdapat pelbagai lagi jenis atau baka arnab yang sesuai diternak untuk mendapatkan dagingnya. Baka arnab yang disenaraikan adalah baka import. Perkara ini berlaku kerana baka arnab import adalah lebih mudah dijaga berbanding arnab tempatan. Selain daripada itu, arnab import juga lebih mudah untuk membiak dan proses pembesaran juga cepat.

Arnab Daulah

Arnab Daulah adalah sebuah syarikat pembekal daging arnab yang menjual daging arnab serta produk berasaskan daging arnab. Tidak hanya itu, Arnab Daulah juga mempunyai produk berasaskan arnab seperti baja tinja arnab dan fertilizer daripada urine arnab.

Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab, anda boleh mendapatkannnya secara dalam talian. Anda boleh layari laman sesawang Arnab Daulah atau hubungi talian 013-2090322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here