Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian pengajian di Maahad Buuth berpeluang untuk meneruskan pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar. Terutama bagi pelajar yang berminat mahu mendalami ilmu pengajian islam digalakkan mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Bagi pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Jika pelajar berminat, pelajar hanya perlu mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Program ini merupakan jalan yang terbaik untuk pelajar menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana.

Sebelum para pelajar dapat menempatkan diri di Maahad Buuth. Pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama pelajar dipanggil untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Manakala, Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Pelajar Sambung Pengajian Di Luar Negara Sesi 2021.

Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab. Manakala, Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Platform Pelajar Daftar Kemasukan Ke Universiti Luar Negara.

Sebelum mendaftar para pelajar perlu mengetahui beberapa syarat kelayakan untuk mendaftar di Program Madrasah Daulah ini. Berikut adalah syarat – syarat kelayakan.

Syarat kelayakan untuk memasuki Program Madrasah Daulah.

  • Lelaki atau perempuan.
  • Berumur 14 tahun hingga 21 tahun.
  • Berkemahuan tinggi untuk belajar.
  • Bersedia mengikut peraturan & aktiviti yang ditetapkan.

Program Madrasah Daulah masih membuka kemasukan dan sesi kemasukan ialah 2021 ini. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Klik borang di bawah untuk mendaftar dan memohon tempat.

Borang Kemasukan:
https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here