Bagi pelajar yang berminat mahu melanjutkan pengajian di Rusia. Pelajar di galakkan mendaftar menerusi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult menawarkan pelbagai bidang pengajian dan juga universiti yang ditawarkan mendapat pengiktirafan.

Pengiktirafan daripada:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Selain daripada Rusia negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult untuk meyambung pengajian ialah Indonesia, Poland, Mesir, Turki dan Bangladesh.

Kepada pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian, ketahui syarat minimum untuk melayakkan diri. Berikut adalah syarat minimum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti di Rusia.

Universiti – universiti yang ditawarkan di Rusia ialah seperti berikut:

  • Kursk State Medical University,
  • Privolzhsky Research Medical University,
  • Volvograd State Medical University,
  • Moscow Aviation Institute
  • Saint Petersbug University
  • I.M. Sechenov First Moscow Medical University
  • Russia National Research Medical University

Di universiti – universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian seperti kejuruteraan pesawat, pra-perubatan, perubatan, pergigian, farmasi dan gerantologi. Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult.

Kursk State Medical University 

Kursk State Medical University menawarkan bidang pengajian pra-perubatan, perubatan, farmasi dan gerontologi. Malah, universiti ini adalah yang paling terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia.

Bukan itu sahaja, universiti ini merupakan antara 10 universiti terbaik di Rusia dan ia ditubuhkan pada 7 Februari 1935. Di antara pencapaiannya yang banyak, KSMU adalah Universiti pertama di Rusia untuk menawarkan pelajar program latihan Perubatan dalam bahasa Inggeris. Universiti ini juga merupakan yang pertama membuka pejabat perwakilan di Malaysia.

Kini KSMU, melakukan pengajian secara atas talian di Malaysia. Tujuan ia dilakukan adalah mahu memudahkan semua pelajar di dalam keadaan pandemik yang melanda seluruh dunia.

Privolzhsky Research Medical University

Universiti ini merupakan institut pendidikan perubatan pertama yang paling berprestij di bandar purba Nizhny Novgorod, Rusia. Universiti ini berada di tangga ke 7 daripada 46 institutsi pengajian perubatan yang lain. Bidang pengajian yang ditawarkan ialah bidang perubatan.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Dhaka Dental College

Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1920. Universiti ini adalah sebahagian daripada fakulti Nizhny University pada tahun 1920, lalu diasingkan pada tahun 1930 dan menjadi Institusi Perubatan yang berdikari sendiri. Oleh kerana prestasi akademik yang luar biasa, institut itu kemudian mendapat status “State Academy” pada tahun 1994.

Volgograd State Medical University

Volgograd State Medical University menawarkan bidang pengajian perubatan, farmasi dan lain – lain. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1935. Universiti ini juga telah menerima pelajar luar negara sejak tahun 1962. Selain itu, universiti ini turut menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 2020.

Saint Petersbug University

Universiti ini ditubuhkan tahun 1724 dan merupakan universiti tertua dan yang paling besar di Rusia. Bukan itu sahaja, universiti ini telah mengekalkan hubungan dengan universiti di peringkat antarabangsa seperti Universiti Bologno, University Hamburg dan banyak lagi.

Saint Petersbug University adalah pusat utama sains, pendidikan dan budaya Rusia yang mempunyai kedudukan antarabangsa yang tinggi.

I.M. Sechenov First Moscow Medical University

I.M. Sechenov First Moscow Medical University adalah institusi pendidikan tinggi tertua dan terbesar di Persekutuan Rusia. Selama lebih dari 250 tahun IM Sechenov Pertama Moscow State Medical University telah memainkan peranan utama dalam pembangunan medis Sains dan latihan kakitangan perubatan dan saintifik.

Bidang pengajian yang ditawarkan di universiti ini ialah bidang perubatan am, farmasi, perubatan pencegahan, stomatology (Pergigian) dan juga kejururawatan.

Russia National Research Medical University

Russia National Research Medical University adalah universiti tertua dan terkemuka di Rusia dan terkenal di seluruh dunia. Lebih daripada 2000 pensyarah yang bekerja di 115 jabatan menawarkan ceramah, seminar dan sesi makmal praktikal dalam sains di lebih daripada 250 kursus. Bidang pengajian yang ditawarkan di universiti ini ialah bidang perubatan am.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Di Mesir Menerusi Program Madrasah Daulah.

Moscow Aviation Institute

Moscow Research Institute telah ditubuhkan pada 20 Mac 1930 sebagai Higher Aero-mechanical college (VAMU) oleh perintah Majlis Ekonomi Tertinggi USSR untuk memastikan latihan kakitangan yang berkelayakan untuk industri penerbangan.

Pada 29 Ogos 1930, universiti itu dinamakan semula sebagai Moscow Aviation Institute. Pada mulanya ia mempunyai 3 jabatan, enjin Aeronautical, Aircraft dan Aerodynamics. Pada tahun 1940, Moscow Aviation Institute telah menubuhkan dirinya sebagai universiti penerbangan utama dengan 38 jabatan, 22 makmal dan pejabat reka bentuk Pelajar dan kemudahan pengeluaran.

No. Keputusan Syarat Minimum 
1. SPM B dalam semua subjek sains
2. Matriks (KPM) / Asasi IPT / STPM CGPA 3.00 dalam semua subjek sains
3. A Level B dalam semua subjek sains
4. SAM / AUSMAT / MONASH 80% Agregat dalam semua subjek sains
5. CPU / CIMP 80% dalam semua subjek sains
6. Asasi Sains (FIS) (minimum 1 tahun) B dalam semua subjek sains
7. SEK. MEN. ATAS (SMA) CGPA 8.00 dalam semua subjek sains
8. UEC Wajib mendapat B4
9. Diploma Sains Kesihatan (minimum 2 tahun) CGPA 3.50

 

Kepada pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian, ketahui syarat minimum untuk melayakkan diri. Seperti yang ditunjukkan di atas merupakan syarat minimum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti di Rusia.

Sekiranya pelajar berminat untuk menyambung pengajian di Rusia, pelajar boleh membuat permohonan menerusi Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult akan berusaha untuk membantu pelajar menyambung pengajian ke luar negara. Pelajar boleh mendaftar dengan Daulah Educonsult. Isi borang permohonan di bawah untuk menempah tempat di universiti yang telah ditawarkan.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/borangpermohonanonline2020rusiapolandindonesiabangladesh

Universiti di Rusia membuka kemasukan untuk sesi 2021 dan kemasukan yang terdekat ialah pada Februari ini. Sekiranya pelajar berminat untuk menyambung pengajian ke Rusia sila layari laman web dan hubungi talian di bawah.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here