Anda merupakan pelajar pondok atau berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengajian Islam? Mahu belajar ke Universiti Al-Azhar tanpa memerlukan sebarang sijil pendidikan? Deenamik menyarankan anda untuk sambung belajar menerusi program Madrasah Daulah yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult.

Apakah itu program Madrasah Daulah?

Program Madrasah Daulah ialah sebuah program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Para pelajar yang telah menyertai program Madrasah Daulah akan diserap masuk ke Maahad Buuth dan seterusnya boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

Madrasah Daulah menyediakan aktiviti yang mampu untuk meningkatkan keupayaan pelajar sebelum menjadi seorang penuntut di universiti. Antara aktiviti wajib yang dijalankan sepanjang program ialah :

? Tahfizul Qur’an
? Tahsinul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Umum
? Program Study Tour
? Pengajian Bahasa Arab
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Para pelajar akan menjalani aktiviti-aktiviti yang ditetapkan sehingga nama pelajar dipanggil untuk menjalani Ujian Imtihan Qabul. Ujian Imtihan Qabul adalah ujian yang dijalankan untuk menguji kekuatan Bahasa Arab pelajar.

BACA JUGA :   Sambung belajar pengajian Islam bagi lepasan spm
Antara pelajar yang menyertai Program Madrasah Daulah.

Pelajar yang melepasi ujian ini dengan cemerlang akan diserap terus ke dalam Maahad Buuth. Bagi pelajar yang tidak melepasi ujian ini dengan baik, pelajar akan diletakkan di bawah sekolah pra-menengah yang dinamakan sebagai Dirosah Khossoh.

Di Dirosah Khossoh, pelajar akan belajar Bahasa Arab sehingga pelajar akhirnya benar-benar layak untuk memasuki Maahad Buuth. Terdapat lima peringkat yang perlu dilepasi oleh pelajar sebelum akhirnya diserap masuk ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth yang merupakan sebuah sekolah menengah Islam Antarabangsa menempatkan para pelajar yang datang dari pelbagai negara. Para pelajar yang berkelayakan dihantar ke Maahad Buuth untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Universiti Al-Azhar.

Maahad Buuth

Di Maahad Buuth juga, para pelajar akan belajar subjek seperti di sekolah menengah biasa akan tetapi pembelajaran kebanyakannya akan diajar di dalam Bahasa Arab. Maahad Buuth yang beroperasi sebagai sekolah menengah menempatkan para pelajar daripada tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Namun begitu, disebabkan sistem lompat yang diaplikasikan di Mesir, umur di setiap tingkatan mungkin berbeza.

BACA JUGA :   Norma Baharu Kehidupan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan

Perkara ini menunjukkan bahawa negara Mesir mementingkan kekuatan ilmu berbanding umur. Pelajar yang menunjukkan prestasi terbaik di dalam setiap ujian akan naik ke tingkatan seterusnya. Setelah selesai di Maahad Buuth, pelajar akan terus diserap masuk ke dalam Universiti Al-Azhar.

Pelajar boleh memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengajian Islam di bawah kos :

  • Bahasa Arab
  • Usuluddin
  • Syariah Islamiah

Jika anda berminat untuk menyertai Program Madrasah Daulah, anda boleh mengisi borang pra-daftar di sini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini anda boleh ajukan kepada konsultan Daulah Educonsult.

Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322
Konsultan 1 : 011-11516720
Konsultan 2 : 017-4200572
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Facebook Madrasah Daulah : Madrasah Daulah
Website Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here