Skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan besar sememangnya tidak boleh dipercayai. Ini kerana ianya tidak masuk akal dan salah di sisi undang – undang. Walaupun sudah ramai yang tahu tentang penipuan – penipuan tersebut, tetapi masih ramai yang tertipu dengan helah mereka.
Situasi penipuan melibatkan skim cepat kaya atau scammer ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah ia juga berlaku di peringkat dunia. Jika di Malaysia kita dikhabarkan dengan kisah Macau Scam.
Di luar sana, kisah melibatkan founder kepada OneCoin yang menghilangkan diri dengan empat bilion dolar masih belum selesai lagi. OneCoin merupakan skim cepat kaya yang menggunakan mata wang digital sebagai modus operandi yang dilakukan oleh Ruja Ignatova.
Ruja Ignatova yang berasal dari Bulgaria ini ingin “menguburkan BitCoin” dan mencipta cryptocurrency baru yang akan mengubah dunia (OneCoin). Beliau telah memulakan syarikat OneCoin ini pada 2014.
Niat beliau yang mahu mendahului BitCoin, berikutan dengan situasi di mana BitCoin menjadi sangat popular di kalangan pelabut generasi baru. Menerusi OneCoin, beliau telah berjaya memperdayakan ramai mangsa.
Beliau yang pernah muncul di majalah Forbes Bulgaria, mahir beberapa bahasa dan mempunyai Ph.D dari Oxford University ini, berjaya memperdayakan orang ramai tentang syarikatnya yang akan menggantikan BitCoin.
Perbezaan antara OneCoin dengan mata wang digital yang lain adalah pakej perniagaan mereka menggunakan sistem multi-level marketing (MLM). Peserta perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan token yang akan digunakan untuk membeli program pendidikan seperti program pelaburan saham dan analisis pasaran saham.
Bagi mereka yang telah mendaftar dan mencari peserta lain untuk menyertai program ini. Mereka akan diberi komisyen sebagai hadiah membawa masuk ahli (mangsa) baru.
Walaupun begitu, pada tahun 2016 aktiviti penipuan mereka mula terbongkar apabila peserta yang menyertai program ini membuat aduan. Disebabkan itu, pelabur yang sebelum ini melabur dengan OneCoin, ingin mengambil kembali wang pelaburan mereka. Malangnya, wang pelaburan tersebut lesap bersama dengan Ruja.
Ruja Ignatova menghilangkan diri dengan wang pelaburan. Disebabkan itu, pihak FBI mula membuka kertas siasatan. Walaupun, Ruja sudah menghilangkan diri. Aktiviti OneCoin masih berjalan dan adik kandungnya, Konstantin Ignatov meneruskan aktiviti OneCoin.
Konstantin berjaya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di atas kesalahan menggubah wang haram, pada tahun 2019. Didapati penipuan OneCoin ini merupakan penipuan terbesar di dalam sejarah wang digital.
Adik kandunganya itu telah mengaku bersalah untuk semua kesalahan yang dilakukan. Beliau bakal dipenjara selama 90 tahun di atas kesalahan – kesalahan tersebut. Walaupun, pihak berkuasa berjaya menangkap adiknya, tetapi Ruja masih belum ditemui.
Sumber : Majalah Libur, The Wall Street Journal, Osservatorio Balcani e Caucaso Transeuropa