Safer membuka peluang untuk anda mendaftar sebagai rakan penghantar Safer. Pendaftaran adalah percuma jika anda mahu menyertai Safer Delivery Partner & Driver. Malah, setelah mendaftar pengaktifan juga dalam masa 24 jam sahaja. Tetapi sebelum pastikan anda melengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
Jika anda mendaftar sebagai rakan penghantar, anda boleh bekerja bila – bila masa sahaja. Ini kerana waktu bekerja adalah fleksibel, anda boleh melakukan part time ataupun full time.
Sebelum mendaftar pastikan anda memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Syarat tersebut adalah seperti di bawah:

Syarat kelayakkan rakan penghantar :

  • Memiliki kenderaan seperti motor, kereta, van, pickup truck dan lain-lain
  • Tiada had tahun buatan kenderaan
  • Memiliki lesen memandu yang sah (Lesen L juga diterima bagi motosikal sahaja)
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)
    (Lesen psv dan ehailing insurance tidak perlu jika mendaftar sebagai rakan penghantar SAFER  .
Anda juga perlu memastikan kesemua maklumat ini sah dan betul. Jika maklumat tersebut salah, pengaktifan tidak dapat dilakukan dan berkemungkinan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka.
Selain itu, maklumat kenderaan juga perlu dimuat naik. Antara maklumat tersebut ialah

Butiran kenderaan yang perlu ada :

    • Roadtax
    • Geran
    • Insurans
    • Akaun Bank
BACA JUGA :   Safer Membuka Peluang Buat Pemandu Wanita Untuk Mendaftar Sebagai Driver Partner Safer.

Mereka yang berdaftar sebagai pemandu Safer atau Safer Driver diwajibkan untuk mempunyai lesen PSV dan EPV. Lesen PSV boleh didapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan perlu menjalani beberapa ujian di sana. Manakala lesen EPV ialah lesen yang akan diuruskan sendiri oleh Safer. Sekiranya lesen ini tidak ada, mereka boleh dikenakan saman.

Jika anda telah mendaftar sebagai rakan penghantar Safer. Anda berpeluang untuk menjana pendapatan aktif dan pasif secara serentak. Bagaimana mahu mendapatkan pendapatan tersebut?

Pendapatan aktif akan diperoleh jika anda melakukan kerja penghantaran. Lagi banyak kerja penghantaran yang dilakukan, lagi banyak pendapatan aktif yang akan diperoleh. Jadi pastikan setelah anda mendaftar, anda akan alert dengan notifikasi yang menandakan ada kerja masuk.

BACA JUGA :   Home Kitchen, Peniaga , Restoran, Food Trak Ayuh Berpindah Ke Platform Digital!
Bagi pendapatan pasif pula, anda akan peroleh jika orang lain mendaftar sebagai rakan Safer dan melakukan kerja penghantaran. Anda perlu kongsikan referral code kepada orang ramai untuk mendapatkan pendapatan pasif.
Seperti yang diberitahu tadi, apabila orang lain berdaftar melalui kod tersebut dan menjalankan tugas melalui kod tersebut, anda peroleh sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan di Safer.
Anda boleh melakukan pendaftaran menerusi aplikasi Safer Driver yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. Anda juga boleh melakukan pendaftaran dengan hanya klik sahaja link di bawah.

Link Safer: http://tinyurl.com/ycetm3vh
Apple App Store: https://apple.co/2ZvyNeX
Google Play Store: https://bit.ly/2yp8ADH

Sekiranya inginkan maklumat lanjut layari laman web dan media sosial kami untuk info tambahan.

Live Chat Safer   : https://www.Safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/Saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/Safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/Safergroup

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here