Kes COVID-19 kebelakangan ini kian meningkat dan jumlah angka apabila setiap kali ke dilaporkan masih tinggi dan masih lagi 4 angka. Ianya sangat membimbangkan kerana hampir setiap tempat telah menjadi zon merah akibat daripada pertambahan kes.
Malah, menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menunjukkan jumlah kes harian harian bermula 1 Januari 2021 sehingga 10 Januari 2021 ini kekal 4 angka. Kes baharu yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 2 433 kes COVID-19.
Dengan penambahan kes 2 433, ia telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 135 992 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkaitan adalah sebanyak 27 332 kes.
Daripada kenyataan akhbar KPK, 7 daripada jumlah 2 433 kes tersebut adalah ke import dan selebih 2 426 kes adalah penularan kes COVID-19 dalam negara. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,784 kes adalah warganegara Malaysia dan 642 kes adalah bukan warganegara.
Negeri yang mencatatkan kes COVID-19 tertinggi semalam adalah negeri Selangor iaitu sebanyak 730 kes dan diikuti dengan 403 kes (Sabah) dan 321 kes (Johor). Daripada jumlah 730 (Selangor), sebanyak 510 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif.
Salah satu sebab mengapa peningkatan kes berlaku adalah daripada saringan yang dilakukan terhadap pekerja asing dan berkemungkinan juga disebabkan oleh orang ramai rentas daerah.
Seperti yang dilaporkan, kes COVID-19 sudah berada di dalam komuniti. Disebabkan itu, jika anda tidak mempunyai sebarang urusan yang penting, jangan keluar rumah dan sentiasa jaga jarak fizikal andtara satu sama lain. Bukan itu sahaja, anda mestilah mengamalkan SOP dan pastikan setiap arahan dan nasihat kerajaan diikuti.
Bagi menggelakan daripada virus ini dari terus merebak dan menular, kita semua mestilah mematuhi SOP dan nasihat pihak kerajaan serta KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.
Elakkan 3S/3C.
- Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
- Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)
Amalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)