Baru – baru ini kita dikejutkan dengan berita pesawat terhempas di Kepulauan Seribu. Nahas pesawat terhempas ini mengingatkan kita pada peristiwa yang berlaku 7 tahun lepas. Di mana pesawat MH 370 yang dikatakan terhempas di Laut Hindi dan hilang tidak dapat di kesan.

Pesawat Sriwijaya Air yang dalam penerbangan ke Pontianak daripada Jakarta telah terhempas di Kepulauan Seribu. Penerbangan pesawat tersebut dari Jakarta, jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

sumber : Kompas.com

Pesawat tersebut dikatakan dalam keadaan baik sebelum berlepas, namun terputus hubungan selepas beberapa minit setelah berlepas.

Menerusi petikan daripada portal Kompas.com, pesawat tersebut sepatutnya berlepas pada pukul 1.25 petang, namun berlepas pada pukul 2.36 petang selepas melihat keadaan cuaca.

BACA JUGA :   Pertama kali, 2 serpihan pesawat MH370 dipamerkan kepada orang ramai

Pesawat tersebut membawa 62 penumpang termasuk anak kapal. Pesawat itu juga dikatakan hilang daripada radar pada pukul 2.40 petang waktu Indonesia Barat.

Proses pencarian mangsa dan serpihan kapal terbang telah dilakukan dengan melibatkan kapal penyelamat daripada Indonesia. Serpihan pesawat dijumpai di sekitar perairan Kepulaun Seribu di sekitar waktu Maghrib di Indonesia.

sumber : hmetro

Semasa pencarian dilakukan, serpihan logam dan cebisan mayat telah dijumpai semasa operasi mencari dan menyelamatkan dilakukan. Beberapa jaket keselamatan, avtur (bahan bakar turbin penerbangan) dan sebahagian bangkai pesawat ditemukan pasukan penyelam tentera Indonesia pada kedalaman 75 kaki di Laut Jawa.

Sumber: Astro Awani, Kompas.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here