Adakah anda berhasrat untuk mendalami ilmu Pengajian Islam di Mesir? Jika ya, anda boleh sertai program Madrasah Daulah. Anda boleh melakukan pendaftaran kemasukan ke program ini menerusi Daulah Educonsult.

Madrasah Daulah berfungsi menguruskan dan membimbing pelajar yang menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar iaitu Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar. Sekolah ini berada di bawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar. Program ini mempunyai program-program yang membantu dalam membina keperibadian dan kemantapan ilmu dalam diri pelajar yang berada di bawah bimbingan madrasah ini.

Pelajar Madrasah Daulah

Kelebihan Madrasah Daulah

  • Pembinaan akhlak, perwatakan dan keperibadian yang mulia.
  • Pemantapan ilmu secara keseluruhan. Meliputi ilmu syarak, ilmu moden dan ilmu kemahiran secara seimbang.
  • Hafazan dan bacaan al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih yang berkualiti.
  • Pembentukan “syakhsiyyah azhariyyah” yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff.

Antara program yang dijalankan di Madrasah Daulah sementara melakukan persiapan sebelum masuk ke Maahad Buuth :

? Tahfizul Qur’an
? Tahsinul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Umum
? Program Study Tour
? Pengajian Bahasa Arab
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Maahad Buuth

  • Dibangunkan tanpa mengira latar belakang pendidikan dan ekonomi bagi memperoleh ilmu agama yang sepatutnya.
  • Pelajar hanya perlu membayar keperluan harian di dalam pembelajaran sahaja.
  • Berdekatan Masjid Al-Azhar dan Universiti AL-Azhar.
BACA JUGA :   Ketahui Antara Universiti Di Luar Negara Yang Telah Diiktiraf Oleh MQA

Pelajar perlu untuk mengambil Ujian Imtihan Qabul sebelum masuk ke Maahad Buuth. Ujian Imtihan Qabul adalah ujian kemasukan sama ada ke Dirosah Khossoh atau ke Maahad Buuth. Ujian untuk menguji tahap penguasaan pelajaran seseorang pelajar.

Pelajar boleh terus ke Maahd Buuth jika mendapat keputusan yang cemerlang namun pelajar akan ke Dirosah Khossoh jika mendapat keputusan yang kurang cemerlang. Di Dirosah Khossoh pelajar akan belajar lebih kurang satu tahun sebelum diserap masuk ke dalam Maahad Buuth mengikut prestasi pelajar.

Pelajar yang berada di Maahad Buuth akan menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah yang mempunyai enam tingkatan. Setelah pelajar selesai menghabiskan tingkatan enam, pelajar boleh medaftar masuk untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Universiti Al-Azhar tawarkan tiga bidang pengajian Islam yang boleh pelajar pilih iaitu Usuluddin, Bahasa Arab dan Syariah Islamiah.

BACA JUGA :   Selami Bidang Pengajian Islam Di Universiti Indonesia.

Pendafaran kemasukan bagi sesi 2021 masih dibuka kepada pelajar yang berminat. Jika anda berumur 12 sehingga 21 tahun, anda boleh mendaftar di dalam program ini tanpa memerlukan apa-apa sijil pelajaran. Apa yang diperlukan adalah keazaman yang tinggi untuk belajar.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Madrasah Daulah, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah :

Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Madrasah Daulah
Facebook : Madrasah Daulah
Website : https://madrasahdaulah.com/

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here