Pada awal bulan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan di mana para pelajar sekolah akan memulakan sesi persekolahan bermula 20 Januari 2021. Namun begitu, disebabkan oleh kes positif COVID-19 yang meningkat, kerajaan telah mengeluarkan kenyataan baru di mana negara akan sekali lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sumber : Sabah Post

Pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dua hari yang lalu menyebabkan berlaku beberapa perubahan kepada SOP pelajar sekolah. Berikutan pengumuman yang telah dibuat, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin telah melakukan persidangan berikutan maklumat terperinci mengenai sesi persekolahan 2021.

BACA JUGA :   Tawaran Sambung Belajar Luar Negara Bidang Perubatan Di Luar Negara Oleh Daulah Educonsult

Yang ditekankan oleh beliau adalah kepada pelajar sekolah yang berada di kawasan PKP. Dan sasaran pelajar yang utama adalah kepada pelajar yang perlu menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar SPM yang seharusnya telah menduduki ujian tersebut pada bulan November yang lalu terpaksa ditangguhkan akibat perintah kawalan yang dikenakan. Penangguhan tersebut sedikit sebanyak telah menggangu susur alur perjalanan pendidikan bagi pelajar SPM 2020.

Oleh itu, penangguhan ujian tersebut sudah tidak boleh dilakukan lagi. Dengan itu, mengikut perutusan daripada Perdana Menteri, semua pelajar yang menduduki SPM 2020 dan SPM 2021 telah dibenarkan untuk ke sekolah.

Berikut adalah perincian yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :

BACA JUGA :   SOP Aidilfitri: 6 Daerah Selangor Dikenakan PKP Bermula 6 Mei 2021
Sumber : Laman Twitter KPM
Sumber : Laman Twitter KPM

Mengikut rumusan operasi yang telah dikeluarkan, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar sahaja yang perlu pergi ke sekolah. Bagi pelajar yang berada di negeri-negeri yang dikenakan PKPB dan PKPP, pembelajaran secara bersemuka tertakluk kepada kategori seperti yang dinyatakan.

Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, para pelajar digalakkan untuk sentiasa menjaga diri dan orang sekeliling. Pelajar dan guru perlu sentiasa mematuhi SOP ketat yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here