Menerusi sidang media COVID-19 yang bersiaran semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PKP dan juga perintah kecemasan, pihak KKM sebenarnya boleh bekerjasama dengan hospital swasta untuk meneliti hospital swasta COVID dan Non-COVID.

Tambah beliau, akan ada meeting (perbincangan) di antara pihak KKM dan pihak hospital swasta.

Piihaknya akan melihat bagaimana mahu menampung pesakit bukan-COVID, sebagai contoh pesakit kanser, separuh kecemasan dan lain – lain, sama ada boleh meneruskan rawatan di hospital bukan-COVID di sektor swasta.

Menurut beliau, perbincangan masih diteruskan mudah-mudahan, pihak KKM benar-benar dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat terutama di Lembah Klang. Jadi, di 6 negeri yang telah di kenal pasti, pihak KKM akan meneliti kapasitinya dan bekerjasama dengan awam dan swasta hadir bersama.

BACA JUGA :   COVID-19 : Situasi Mencabar Bagi Perusahaan Kecil Dan Sederhana.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut berharap agar pihak KKM dapat menguruskan dan dengan pelan tandikan. Jadi, dengan perlaksanaan PKP pihak KKM berharap dapat meratakan lengkungan dalam 4 atau 5 minggu hadapan.

Beliau turut menyatakan, yang paling penting adalah untuk mengurangkan bilangan pesakit, berharap dalam 2 atau 4 minggu kita dapat melihat jumlahnya kurang dari 500. Jadi perkara ini akan memerlukan masa untuk meratakan lekukan tersebut dengan lebih jauh.

Di dalam sidang media COVID-19 tersebut, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menjelaskan bahawa, kapasiti di Hospital Sungai Buloh masih ada, tetapi kekurangan katil ICU dan ventilator. Pihak KKM mempunyai kapasiti untuk pesakit COVID-19, tetapi masalah utama adalah kekurangan staf.

BACA JUGA :   Pakaian Tradisional Rakyat Malaysia

Tambah beliau JPA turut membantu KKM dalam menawarkan lebih banyak jawatan kepada jururawat, pihak KKM juga dalam proses untuk merekrut lebih banyak tenaga kerja ke sistem.

Sumber: Youtube Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here