Kursk State Medical University adalah antara universiti perubatan terbaik yang terletak di Rusia. Jika anda mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang perubatan, anda boleh membuat pendaftaran bersama Daulah Educonsult.

Kursk State Medical University sering menjadi pilihan pelajar kerana pelajar dapat belajar terus ke KSMU meskipun mendaftar dengan menggunakan slip keputusan percubaan SPM.

Guna keputusan percubaan pun boleh?! Ya!

Namun, untuk memasuki KSMU, pelajar perlu untuk memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :

  • Lepasan SPM/IGCSE dan setaraf = Minimum B untuk kesemua Subjek Sains
  • Lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi dan setaraf = CGPA 3.0 dan ke atas

Bagi pelajar lepasan SPM dan setaraf anda akan melalui peringkat pra-perubatan dahulu selama satu tahun kemudian menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi pelajar kepada Diploma, Asasi, Matrikulasi dan setaraf pula, pelajar boleh terus menjalani pengajian dalam bidang perubatan selama enam tahun.

Pelajar Daulah Educonsult bersiar-siar di Rusia.

Keseluruhan tahun pengajian bagi seseorang pelajar lepasan SPM dan setaraf adalah 7 tahun manakala pelajar lepasan Diploma, Asasi dan setaraf adalah selama 6 tahun.

BACA JUGA :   Medical University Of Warsaw Merupakan Universiti Yang Paling Berprestij

KSMU mempunyai 9 bangunan dan kampus pendidikan yang telah dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran yang moden. Lokasi universiti ini terletak di tengah-tengah kota Kursk. Dalam pada itu, bahasa penghantar di universiti ini adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia.

Tidak hanya itu, terdapat beberapa kelebihan lain jika anda mendaftarkan diri untuk menjadi pelajar KSMU. Antara kelebihan lain jika anda mendaftar untuk memasuki Kursk State Medical University adalah:

  • Pembayaran yuran yang tetap (tiada tambahan dan tiada pengurangan caj)
  • Mempunyai empat sesi kemasukan (anda juga boleh mendaftar dengan keputusan percubaan SPM)
  • Suasana untuk belajar dalam bidang perubatan sahaja

Anda tidak perlu bimbang kerana KSMU adalah universiti yang diiktiraf oleh pelbagai agensi Malaysia dan agensi antarabangsa. Antara agensi pengiktirafan tersebut adalah :

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • World Health Organization (WHO)

Berminat untuk melanjutkan pengajian ke KSMU? Klik link di bawah untuk pra-daftar. Namun jika keputusan anda tidak memenuhi syarat kelayakan, konsultan Daulah Educonsult sedia membantu.

BACA JUGA :   Kemasukan Sesi Oktober & November Universiti Di Rusia

<<https://bit.ly/2WUlBh9>>

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, hubungi konsultan Daulah Educonsult melalui pautan yang berikut :

Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat :03-92851322
Facebook : Daulah Educonsult
Website : http://daulahmedic.com/
Alamat pejabat : No. 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Selain dua negara berikut, Daulah Educonsult juga membantu pelajar untuk ke Indonesia, Poland, Bangladesh dan lain-lain. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, Usuluddin, Bahasa Arab dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here