Berminat untuk sambung pengajian ke Mesir? Maahad Buuth adalah sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terletak di Mesir. Jika anda mahu melanjutkan pengajian di Mesir daftar sekarang menerusi Program Madrasah Daulah. Pelajar yang berusia dari  14 tahun sehingga ke 21 tahun layak mendaftar. Ini kerana Maahad Buuth terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6, sama seperti STAM di Malaysia.

Jika pelajar menyambung pengajian di Maahad Buuth, pelajar berpeluang untuk sambung belajar sehingga ke Universiti Al – Azhar. Pelajar akan diserap masuk ke Universiti Al – Azhar.  Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Pelajar masih boleh menyambung pengajian di Program Madrasah Daulah tanpa memerlukan sijil SPM dan STAM. Ini kerana Madrasah Daulah adalah madrasah yang akan membanatu dan membimbing para pelajar belajar di Maahda Buuth.

BACA JUGA :   Jom Sertai Bidang Gerontologi di KSMU!

Pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah sementara menunggu nama dipanggil untuk menduduki ujian untuk memasuki Maahad Buuth. Ujian ini menentukan sama ada pelajar berjaya memasuki ke Maahad Buuth atau tidak.

Sebelum menduduki ujian tersebut pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.

Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Antara Hotel Terbaik Di Sekitar Universiti Al-Azhar

Untuk maklumat pelajar, semasa di Madrasah Daulah pelajar akan belajar beberapa subjek sebelum menduduki ujian. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Pendaftaran masih lagi dibuka jika pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian di Mesir. Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam, pelajar boleh menekan link untuk terus melakukan pendaftaran.

Borang Permohonan : https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here