Pasangan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, dikatakan sudah berkahwin.

Dikatakan mereka bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

Menurut beberapa sumber, Fattah dan Fazura telah pun selamat diijabkabulkan sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Fazura

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan mereka berjalan dengan sederhana tetapi sempurna.

Dikatakan abang Fazura yang menjadi wali untuk pernikahan mereka.

Mereka berkahwin sederhana sekitar pukul 12.30 malam dan bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal.

BACA JUGA :   Fattah Dan Fazura Selamat Diijab Kabul Malam Semalam

Pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

Fazura

Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.

Selain itu, pada hari pertunangan mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah.

Bagaimanapun sehingga kini, baik Fattah mahupun Fazura belum membuat sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi mengenai status terkini mereka.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Fazura Masih Menyanyi, Anda Pasti Tidak Percaya.

Fazura

Malah, pihak pengurusan kedua-dua belah pihak juga hanya mendiamkan diri dan menjelaskan majlis yang berlangsung di kediaman nenek Fazura itu hanyalah kenduri doa selamat sempena pemergian mereka ke Tanah Suci.

Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan dijangka pulang pada 23 November depan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah Soya Lemon

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here