Elakkan perniagaan anda daripada gulung tikar sewaktu PKP ini! Ubah cara perniagaan supaya anda dapat hidup di dalam suasana PKP. Tawaran perniagaan secara dalam talian ini terbuka kepada anda semua yang berniaga makanan dan minuman.
Ayuh mendaftar sekiranya anda mempunyai gerai makanan, trak makanan, warung dan restoran. Anda tidak mempunyai tempat berniaga namun menggunakan rumah sebagai tempat penyediaan makanan? Anda juga boleh berniaga secara dalam talian!
Safer memberikan peluang kepada anda untuk berniaga di dalam talian secara percuma! Bagaimana ia dikatakan percuma? Safer menawarkan promosi 0% caj penolakan kepada semua vendor Safer. Pendaftaran untuk menjadi vendor di Safer juga adalah percuma!
Anda tidak akan dikenakan apa-apa bayaran jika anda menjadi rakan niaga Safer. Anda boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan percuma sahaja. Safer juga turut menyediakan Safer Delivery Partner yang dapat menghantar pesanan makanan yang telah ditempah kepada pengguna.
Jika anda memenuhi syarat dan butiran yang diperlukan untuk menjadi vendor Safer, anda boleh lakukan pendaftaran di https://www.safer.my/sign-up-restaurant.
Butiran yang diperlukan sewaktu pendaftaran adalah:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen perniagaan
- Salinan sijil halal
- Salinan lesen daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
- Butiran akaun bank
Jika segala butiran telah diberikan, anda perlu menunggu pihak Safer untuk mengaktifkan akaun perniagaan anda. Dalam pada itu, maklumat dan tetapan perniagaan anda boleh diisi seperti lokasi perniagaan, waktu perniagaan beroperasi (hari dan masa), menu makanan berserta gambar dan harga makanan yang dijual.
Aplikasi yang boleh anda gunakan untuk memantau perjalanan perniagaan anda bersama Safer boleh didapatkan di Google Play Store (https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install) dan di Apple App Store (https://bit.ly/SaferFood-AppStore).
Melalui aplikasi Safer, peniaga dapat menyemak segala maklumat berkaitan perniagaan yang dijalankan. Peniaga juga akan memegang akaun sepenuhnya dan boleh mengubah ketetapan mengikut kesesuaian peniaga.
Dengan adanya promosi yang dijalankan oleh Safer ini, peniaga mungkin dapat mengembangkan lagi perniagaan kerana perniaagaan anda boleh dipromosikan juga secara dalam talian.
Jika anda mempunyai kesulitan untuk mendaftarkan perniagaan anda, anda boleh mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak Safer. Tempahan untuk mengikuti kelas boleh dilakukan di https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan promosi dan tawaran perniagaan secara online ini, peniaga boleh terus berhubung dengan pihak Safer dengan klik mana-mana pautan di bawah.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup