Baru sahaja warta baharu dilaksanakan, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan beberapa lagi kebenaran operasi ke atas sektor perniagaan. Dilihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini sangat berbeza dengan PKP pada peringkat pertama.

Sektor perniagaan yang telah diberikan tersebut perlu dijalankan dengan prosedur standard operasi yang ketat. Kebenaran ini telah diberikan bagi memastikan ekonomi industri peruncitan tidak lumpuh sepenuhnya.

Selain sektor perniagaan peruncitan, terdapat beberapa lagi sektor yang dibuka semula. Antaranya adalah industri kreatif dan aktiviti sukan. Pembukaan ini perlu dijalankan dengan SOP yang ketat mengikut apa yang telah digariskan di dalam SOP yang telah dilampirkan.

BACA JUGA :   Perkahwinan "Drive-thru" Dapat Pujian

Aktiviti sukan dibenarkan dengan syarat dilakukan secara Program Latihan Berpusat bagi pasukan-pasukan dalam Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL). Kebenaran ini akan bermula pada 15 Februari 2021.

Selain daripada itu, terdapat satu lagi kebenaran yang telah diluluskan iaitu rakyat sudah boleh makan di kedai (dine-in) dengan syarat hanya 2 orang di satu meja. Penjarakan fizikal juga perlu dilaksanakan.

Dengan kelonggaran SOP ini, makin ramai rakyat yang memberikan tanggapan yang menyatakan lebih baik sekiranya PKP ini dimansuhkan. Mereka menyuarakan pandangan bahawa PKP ini hanya memenatkan pihak berkuasa yang menjalankan sekatan jalan raya.

Apa pula pandangan anda? Nyatakan di ruangan komen.

BACA JUGA :   Ambil Sijil Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Poland Tawaran Daulah Educonsult.

Ingin jana pendapatan pasif yang berterusan? Buka akaun bersama Safer sekarang. Anda boleh merima pendapatan pasif secara berterusan dengan berkongsikan referral code kepada pengguna baharu yang belum mendaftar di Safer. Jana pendapatan bersama Safer sekarang! Layari laman sesawang Safer di https://www.safer.my/.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here