Sudahkah anda memuat turun aplikasi Safer di telefon pintar anda? Jika belum, pastikan anda memuat turunnya sekarang. Safer mempunyai pelbagai perkhidmatan yang boleh anda tempah untuk memudahkan kehidupan seharian anda.

Jangan lupa, anda perlu mendaftar akaun Safer terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan Safer. Pendaftaran akaun boleh dilakukan di http://tinyurl.com/y7p2xzjp. Anda hanya perlu mengisi maklumat diri anda untuk mengaktifkan akaun di Safer.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi Safer adalah:

  1. Safer Ride

Safer Ride merupakan perkhidmatan e-hailing yang menawarkan pelbagai kategori yang boleh anda gunakan mengikut bajet anda. Kategori tersebut dibezakan dengan penggunaan kenderaan dan kapasiti penumpang. Kategori Safer Ride terdiri daripada:

  • SaferGo – Penggunaan kereta berjenama Perodua Myvi, Perodua Axia, Toyota Almera dan yang seangkatan.
  • SaferGo Xtra – Pengguaan kereta yang boleh memuatkan sehingga enam orang penumpang berjenama Proton Exora, Perodua Alza, Nissan Grand Livina dan lain-lain.
  • Safer Gold – Penggunaan kereta jenama mewah seperti BMW, Volkswagen Passat, Mercedez dan lain-lain.
  • Safer Indulge – Penggunaan kereta jenama mewah dengan kapisiti penumpang yang tinggi seperti Toyata Vellfire, Toyota Alphard dan lain-lain.
BACA JUGA :   Safer Food Sediakan Pelbagai Makanan Enak Secara Atas Talian

2. Safer Food

Menawarkan perkhidmatan pemesanan makanan dan penghantaran daripada restoran ke lokasi pengguna. Pelbagai jenis makanan dapat ditempah dan tempahan anda akan dihantar oleh Safer Delivery Partner.

3. Safer Delivery

Menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Terdapat dua kategori pilihan mengikut keperluan.

  • Single Delivery – Penghantaran satu barang ke satu lokasi.
  • Multiple Delivery – Penghantaran banyak barangan ke banyak lokasi.

4. Safer Concierge

Menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang dalam masa yang sama membantu penumpang yang memerlukan. Tempahan boleh dilakukan oleh pengguna untuk diri sendiri atau memesan untuk kegunaan orang lain.

Khidmat ini juga boleh dikategorikan sebagai pembantu peribadi. Pemandu akan bertindak sebagai pembantu yang membantu anda untuk bergerak, mengangkat barang atau menguruskan proses pendaftaran check-up di klinik atau hospital.

5. Safer Swift

Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan penghantaran penumpang iaitu e-hailing namun menggunakan kenderaan seperti motosikal sahaja. Perkhidmatan ini sesuai untuk anda yang mahu mengelak daripada kesesakan jalan raya atau mahu ke satu destinasi dengan cepat.

BACA JUGA :   Beralih Ke Pasaran Digital Di Safer Food Merchant

Anda berminat untuk menempah perkhidmatan menggunakan satu aplikasi sahaja? Muat turun aplikasi Safer sekarang.

Google Play Store: https://bit.ly/saferandroid
Apple App Store: https://bit.ly/saferiphone

Pembayaran setiap perkhidmatan boleh dilakukan secara pembayaran tunai kepada rider atau driver atau secara pembayaran elektronik (e-wallet). Tidak hanya menempah atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer, pengguna Safer juga boleh memperoleh pendapatan pasif.

Pendapatan pasif boleh diperoleh dengan berkongsikan referral code kepada pengguna baharu. Dapatan sebanyak 1% daripada jumlah resit akan dikreditkan ke akaun anda sekiranya pengguna tersebut menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer.

Lagi banyak anda berkongsikan referral code kepada pengguna baharu, lebih banyak pendapatan yang berpotensi untuk anda dapatkan. Ayuh guna perkhidmatan Safer sekarang dan bantu jana ekonomi rakyat Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut boleh anda perolehi di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here