Kredit foto : Free Malaysia Today

Siti Kassim Mahu Saman Jamil Khir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk berdepan dengan tindakan saman yang akan dikemukakan oleh peguam kontroversi, Siti Kassim terhadapnya.

Katanya, beliau bertanggungjawab penuh berikutan kenyataannya semalam berhubung kertas siasatan yang dibuka Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam termasuk Siti Kassim.

Siti Kassim
Siti Zebedah Kassim, atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim. Sumber foto : Isma Web

Pada Julai lepas, Siti dituduh menghalang pegawai Jawi menyerbu satu acara transgender. Selain itu, Siti juga didakwa banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan tentang Islam.

Antaranya, Siti Kassim pernah mendakwa Tuhan tercipta daripada getaran. Yang lebih kontroversi, dia juga pernah memberitahu dalam ucapan Hari Rayanya bahawa Nabi Ismail adalah anak luar nikah kepada Nabi Ibrahim.

BACA JUGA :   Syed Saddiq Dikecam ‘Tiada Tel*r’ Kerana Biar Pegawai Pro-LGBT Letak Jawatan
Siti Kassim
Ucapan Hari Raya Siti Kassim yang menghina Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sumber foto : Menara.my

Jamil yang diminta mengulas lanjut mengenai amaran saman daripada Siti itu berkata pihaknya bersedia disaman demi mengelakkan peguam tersebut mengeluarkan lebih banyak kenyataan mengelirukan berkaitan Islam.

“Tidak mengapa. Kalau Siti Kassim hendak saman, saya terima,” katanya Jamil Khir kepada pemberita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Siti Zabedah Kassim menerusi laman sosial Facebooknya memaklumkan bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamil Khir kerana mengaitkan dirinya sebagai individu menghina agama Islam.

Siti juga berkata berkata Jamil patut segera “berhenti” daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atasnya.

Siti Kassim
Beliau seringkali mencetuskan kontroversi kerana pandangannya mengenai agama Islam

“Menteri itu boleh yakin yang beliau akan menerima surat daripada saya tidak lama lagi,” katanya.

Menurut Jamil Khir, Jawi telah mengambil tindakan ke atas Siti Kassim terma­suk membuka kertas siasatan dan akan memanggil pihak-pihak yang berkaitan untuk mendapatkan keterangan.

BACA JUGA :   JAKIM Hanya Perlu 'Lampu Hijau' Dari Pihak Istana Untuk Selesaikan Konflik Antara JAKIM Dengan Sultan Johor

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman dan portal Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber :

Malaysia Gazette
Free Malaysia Today

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here