Anda menjalankan perniagaan makanan namun tiada kedai atau apa-apa premis perniagaan? Anda hanya jalankan perniagaan menerusi pesanan di Whatsapp atau Facebook sahaja?

Kembangkan lagi perniagaan anda bersama Safer Food! Safer Food membuka peluang kepada anda yang tidak mempunyai restoran atau gerai untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Tidak hanya itu, peniaga akan dapat mengendalikan perniagaan menerusi aplikasi Safer Food Mechant. Akaun di Safer ini akan dipegang sepenuhnya oleh peniaga dan boleh diubah tetapannya mengikut kesesuaian peniaga.

Bukan setakat kepada peniaga yang tidak mempunyai premis perniagaan, peniaga kecil seperti warung, peniaga trak-makanan dan lain-lain peniaga yang menjalankan perniagaan makanan turut boleh mendaftar sebagai vendor Safer.

Apa yang para peniaga perlukan ketika mendaftar adalah:

  • Kad pengenalan peniaga
  • Lesen perniagaan
  • Lesen daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
  • Sijil halal
  • Butiran akaun bank
BACA JUGA :   Pasarkan Produk Makanan Anda Secara Atas Talian!

Sewaktu mengisi permohonan pendaftaran, peniaga boleh menetapkan butiran berkaitan perniagaan seperti :

  • Lokasi premis perniagaan.
  • Waktu operasi (Hari dan Waktu)
  • Menu makanan berserta gambar
  • Harga makanan

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan di bawah
>>https://www.safer.my/sign-up-restaurant<<

Jika peniaga mendaftar, pengaktifan akaun akan dilakukan dalam masa 24 jam waktu bekerja. Dalam pada menunggu pengaktifan akaun dilakukan oleh pihak Safer, peniaga boleh memuat turun aplikasi Safer Food Merchant.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di :

Google Play Store : https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install

Apple App Store : https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Aplikasi ini diadakan untuk memudahkan peniaga untuk berurusan dengan pelanggan atau menerima pesanan makanan dari pelanggan. Akaun perniagaan juga boleh diteliti daripada aplikasi ini.

Peniaga tidak perlu bimbang kerana Safer mempunyai rakan penghantar yang akan menghantarkan pesanan makanan. Makanan tersebut akan diambil oleh rakan penghantar dan dihantar terus ke lokasi pelanggan berada. Apa yang penting adalah peniaga menyediakan pesanan yang diinginkan oleh pelanggan.

BACA JUGA :   Safer Food Merchant Buka Peluang Pekerjaan Untuk Restoran & Home Kitchen

Tawaran penolakan 0% caj komisen juga telah dijalankan oleh pihak Safer untuk memberikan ruang kepada semua peniaga kecil berniaga. Tawaran ini akan dijalankan sepanjang PKP berlangsung dan mungkin berterusan.

Selain daripada itu, Safer juga mempunyai tawaran promosi yang lain iaitu Safer Promote Vendor. Promosi ini dilakukan dengan mempromosikan perniagaan vendor Safer secara dalam talian di seluruh media sosial Safer.

Untuk maklumat lanjut, peniaga boleh mendapatkan bantuan daripada pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here