Sesi persekolahan bagi pelajar prasekolah, tahun 1 dan 2 telah dimulakan pada hari ini. Perkara ini jelas daripada keputusan Menteri Kanan (Keselamatan) di mana pelajar sudah boleh ke sekolah untuk menjalani pembelajaran secara bersemuka.

Oleh kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melonggarkan pemakaian pelajar sekolah sehingga 26 Mac. Kelonggaran yang dimaksudkan adalah membenarkan pelajar untuk memakai baju yang sopan sekiranya pelajar tidak mempunyai baju sekolah yang sempurna.

Perkara ini telah diambil kira kerana mungkin terdapat kesukaran untuk mendapatkan barang keperluan sekolah. Tambahan daripada itu, pelajar sekolah vakasional turut memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Pembukaan sekolah di beberapa daerah di Sarawak pula ditangguhkan kerana bimbang akan penularan jangkitan COVID-19. Bagi sekolah-sekolah yang telah dibuka pula, SOP yang telah disediakan oleh pihak KPM perlu dipatuhi.

BACA JUGA :   Indonesia bakal tutup pulau Komodo kepada pelancong

Pemakaian seperti pelitup separuh muka dan pemeriksaan suhu badan merupakan sesuatu yang wajib dipatuhi. Tidak hanya itu, cecair pembasmi kuman juga telah diletakkan di beberapa tempat utama untuk memudahkan pelajar dapat menggunakan cecair tersebut apabila diperlukan.

Bagi pelajar tahun 3 sehingga tahun 6, sesi persekolahan akan bermula pada 8 Mac.

Sesi persekolahan bagi sekolah menengah pula adalah pada 4 dan 5 April bagi negeri-negeri yang terlibat.

Sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta pula akan dibuka sesi persekolahannya juga pada 8 Mac.

Meskipun kes positif COVID-19 dalam negara tidak menunjukkan corak penurunan yang ketara, pembukaan sekolah ini dilakukan supaya pelajar tidak akan ketinggalan dalam pendidikan. Sektor pendidikan yang dilihat penting untuk pembangunan negara menyebabkan penangguhan ini tidak boleh dilanjutkan lagi.

BACA JUGA :   Ijazah dalam Bidang Pengajian Islam di Universiti Indonesia

Sumber: BERNAMA

Anda berminat untuk sambung belajar dalam bidang perubatan di Indonesia? Daftar kemasukan ke Universias Sumatera Utara menerusi Daulah Educonsult sekarang!

Sesi kemasukan yang terdekat adalah pada bulan September 2021 ini. Daftar dan tempah tempat anda untuk mengelakkan anda ketinggalan! Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk mengetahui segala syarat permohonan dan cara kemasukan .

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here