Untuk melonjakkan aktiviti ekonomi, kerajaan akan laksana sebuah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Dengan itu, kerajaan bersetuju untuk memberikan suntikan fiskal baharu bernilai RM10 Bilion. Secara keseluruhannya RM30 Bilion yang akan dibelanjakan.
Tumpuan akan terus diberikan kepada 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, sokongan perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.
Antara inisiatif dalam Fokus Pertama – Kawal penularan COVID-19 adalah:
- Program Imunisasi COVID-19;
- Tiada lagi Pelaksanaan PKP Menyeluruh;
- Penguatkuasaan Perundangan Yang Ketat dan Telus.
Antara inisiatif dalam Fokus Kedua – Pacu pemulihan ekonomi adalah:
- Pelaksanaan Projek-Projek Kecil Seluruh Negara;
- Geran Khas Prihatin 3.0;
- Kemudahan Mikro Kredit;
- Pengekalan Pekerjaan dan Insentif Penggajian;
- Merangsang Semula Sektor Pelancongan dan Peruncitan;
- Mengurangkan Beban Syarikat dan Memperkasa Koperasi.
#ICYMI [Infografik] Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) (1/2) pic.twitter.com/iBX5z40uPW
— BERNAMA Radio?? (@bernamaradio) March 17, 2021
Antara inisiatif Fokus Ketiga – Perkukuh daya saing negara adalah:
- Mengukuhkan Persekitaran Perniagaan;
- Automasi dan Digitalisasi;
- Mengurangkan Jurang Digital;
- Menggalakkan Pelaburan dan Pasaran Eksport;
- Menggalakkan Pembiayaan Mampan.
Antara inisiatif Fokus Keempat – Pastikan agenda keterangkuman adalah:
- Bantuan Kehilangan Pendapatan;
- Menambahbaik Program Bantuan Rentan Bandar;
- Prihatin Wanita;
- Prihatin OKU;
- Prihatin Belia;
- Penerusan Subsidi bagi Meringankan Kos Sara Hidup.
Setiap inisiatif yang telah dibentangkan, ianya melibatkan seluruh rakyat Malaysia secara langsung atau tidak langsung. Perkara ini adalah untuk kesejahteraan ekonomi negara dan rakyat.
Sumber: Teks Ucapan PEMERKASA YAB PM
Anda berminat untuk berniaga secara dalam talian? Sertai Safer untuk nikmati 0% caj penolakan komisen. Apa yang diperlukan sewaktu mendaftar adalah: kad pengenalan peniaga, lesen perniagaan (premit juga boleh), lesen SSM, sijil halal (diwajibkan bagi peniaga bukan Muslim).
Berminat untuk ketahui tawaran di Safer dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Safer di:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup