Indonesia sering dikaitkan dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kepelbagaian budaya serta percampuran budaya. Ia juga terkenal sebagai tempat pelancongan yang memuaskan oleh masyarakat Malaysia.

Namun begitu, adakah anda tahu bahawa pendidikan di Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan universiti Indonesia merupakan universiti yang menawarkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Antara universiti yang dimaksudkan adalah Universitas Sumatera Utara di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Universiti ini diasaskan pada 20 November 1957 dan ianya menawarkan bidang perubatan yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Kemasukan pelajar untuk melanjutkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah pada bulan September. Tawaran kemasukan adalah buat pelajar-pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, Matriks, Asasi, STPM, A-Level, IB, Diploma dan setaraf.

USU menerima pelajar dari luar negara bukan hanya dari Malaysia malah dari negara luar yang lain. Universiti ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada agensi kerajaan dan antarabangsa seperti KPT, MQA, JPA, MMC, WHO dan lain-lain lagi.

BACA JUGA :   Peluang Pengajian Hingga Ke Peringkat Ijazah Sarjana Menerusi Madrasah Daulah.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melakukan pendaftaran bersama pihak Daulah Educonsult. Anda boleh mengisi borang pra pendaftaran di sini. Syarat kelayakan untuk memasuki Universitas Sumatera Utara adalah memperoleh minimum B bagi semua subjek atau mendapat 3.0 dan ke atas bagi keseluruhan keputusan.

Jika anda layak dan berminat, anda boleh terus mendaftar melalui link yang diberikan. Namun, sekiranya keputusan anda kurang menepati syarat kelayakan, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult.

Selain menawarkan bidang perubatan, USU juga menawarkan bidang farmasi dan pergigian. Fakulti-fakulti di USU dilengkapi dengan pelbagai jenis fasiliti dan kemudahan untuk kegunaan para pelajar. Dengan itu, pelajar dapat belajar dalam suasanan yang selesa dan mencukupi.

BACA JUGA :   Baca 5 Sebab Anda Perlu Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Di KSMU, Rusia

Tambahan daripada itu, USU juga mempunyai pusat perubatannya yang tersendiri iaitu hospital awam. Hospital ini boleh menjadi tempat latihan buat para pelajarnya dan mereka dapat merasai bagaimana menjadi pengamal perubatan yang bekerja.

Pengajian bagi bidang-bidang yang ditawarkan adalah selama 5 tahun bagi bidang perubatan serta pergigian dan 4 tahun bagi bidang farmasi. Untuk mendapatkan tempat yang pasti.

Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform di bawah:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Selain USU, Daulah Educonsult juga menawarkan negara dan universiti lain kepada pelajar dengan bidang yang berbeza. Oleh yang demikian, layari laman web Daulah Educonsult untuk mengeratahui maklumat lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here