Anda membuka perniagaan makanan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan? Tak kisah sama ada peniaga warung, peniaga tepi jalan, perniaga yang mempunyai premis atau tiada, semua boleh mendaftar bersama Safer.

Apa yang penting adalah anda menjual makanan atau minuman dan berminat untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian. Tambahan daripada itu, anda akan diperlukan untuk mengemukakan beberapa butiran penting ketika mendaftar.

Antara butiran yang penting adalah kad pengenalan diri, lesen perniagaan, lesen daripada SSM, sijil halal dan akaun bank. Semua butiran ini perlu dilampirkan untuk memudahkan urusan pengaktifan akaun di Safer Food Merchant.

Tambahan daripada itu, untuk menjadikan akaun dapat berjalan dengan lancar, peniaga perlu mengisi maklumat-maklumat penting berkaitan perniagaan seperti:

  • Lokasi premis perniagaan
  • Waktu perniagaan beroperasi (Hari dan waktu)
  • Gambar berserta menu yang dijual
  • Harga makanan atau minuman

Perkara ini juga boleh memudahkan pengguna untuk melihat pilihan makanan atau minuman yang dijual oleh peniaga. Peniaga juga boleh mengubah apa-apa tetapan yang diperlukan.

BACA JUGA :   Free Delivery di Safer Food.

Untuk makuman, Safer menganjurkan promosi ‘Zero Commission’ untuk membolehkan peniaga berniaga secara percuma meskipun secara dalam talian. Perkara ini adalah sebagai inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak Safer untuk menunjukkan mereka mengambil berat akan keadaan semasa para peniaga.

Oleh yang demikian, jika anda masih belum mendaftar sebagai vendor di Safer Food Merchant, anda boleh berbuat demikian dengan daftar menerusi pautan di bawah.

https://www.safer.my/sign-up-restaurant 

Setelah mengisi segala maklumat dan butiran yang diperlukan, peniaga perlu menunggu pihak admin untuk mengaktifkan akaun anda. Pengaktifan akan dijalankan dalam masa 24 jam sehingga 48 jam. Apabila akaun sudah diaktifkan, peniaga boleh memuat turun aplikasi Safer Food Merchant.

Melalui aplikasi Safer Food Merchant, peniaga boleh menyemak data-data perniagaan yang telah dijalankan bersama Safer. Data dan akaun ini akan dipegang sepenuhnya oleh pihak peniaga sahaja. Selain itu, pihak peniaga disarankan untuk menghidupkan notifikasi “Push Notification”.

BACA JUGA :   Dapatkan Potongan Harga Dengan Menggunakan Kod SaferSyok 3.

Aplikasi ini boleh di muat turun menerusi Google Play Store atau Apple App Store.

Google Play Store https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install   

Apple App Store https://bit.ly/SaferFood-AppStore 

Tambahan daripada itu, pihak peniaga hanya perlu menyiapkan pesana sesuai permintaan pengguna dan Safer Delivery Partner akan mengambil pesanan tersebut dan berikan kepada pengguna.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan Safer atau anda mempunyai apa-apa pertanyaan, anda boleh lakukannya menerusi mana-mana platform di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389 
Live Chat Safer : https://www.safer.my/  
Official Website : https://safer.asia/  
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/ 
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/ 
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial 
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here