Anda merupakan seorang yang mudah bergaul atau suka bercakap dengan orang? Mempunyai skill atau kemahiran bercakap yang mantap atau luar biasa? Ayuh sertai Tycoon Group sebagai Usahawan Kewangan! Anda akan bergelar Wealth Advisor (WA) atau Wealth Manager (WM) mengikut kemampuan anda!

Apakah bisnes digital yang dijalankan oleh Tycoon Group ini? Bisnes ini merupakan bisnes yang dijalankan dengan cara mengajak orang ramai untuk membuka akaun simpanan sebagai dana masa hadapan selain daripada KWSP. Adapun begitu, sejak pandemik berlaku, ada di kalangan ahli yang telah mengeluarkan sebahagian besar dari simpanan mereka.

Di sinilah peranan seorang Usahawan Kewangan Tycoon Group. Setiap kali ahli tersebut berjaya mengajak orang ramai untuk membuka akaun, setiap kali itulah ahli akan mendapat komisen. Pendapatan menerusi bisnes ini adalah menerusi komisen referral. Komisen menerusi bisnes ini adalah tinggi iaitu daripada 8.75% sehingga 35%.

Ahli WA akan diberikan latihan yang secukupnya dan akan mempelajari segala selok belok perjalanan bisnes bersama Tycoon Group ini. Untuk permulaan, untuk menjana pendapatan bersama Tycoon Group, anda perlu membuka akaun simpanan sendiri terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh menjadi ahli Tycoon Group yang sah.

BACA JUGA :   Buka Akaun Simpanan Bersama Tycoon Group Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah.

Untuk pengetahuan, memandangkan bisnes ini adalah sah dan selamat, setiap ahli perlu untuk menjalani ujian PCE. Ahli akan diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk lulus di dalam ujian ini. Anda tidak perlu bimbang kerana ahli Tycoon Group yang sedia ada akan membimbing anda.

Setelah lulus, ahli akan menjadi seorang WA yang sah dan boleh menjalankan bisnes ini. Dalam masa yang sama ahli perlu juga mengikuti modul-modul yang dianjurkan oleh pihak atasan untuk mengukuhkan pengetahuan ahli di dalam perjalanan bisnes digital ini. Dengan rasminya ahli menjadi WA, ahli boleh mengajak seramai mana orang yang ahli mahu.

Untuk naik ke peringkat WM, ahli perlu mencapai sasaran terkumpul jumlah pembukaan simpanan ahli baharu sebanyak RM50,000. Perkara ini dapat dicapai dengan mudah sekiranya ahli berjaya meyakinkan ahli baharu untuk membuka akaun simpanan dengan nilai yang tinggi. Kelebihan seorang WM adalah mereka boleh mendapatkan komisen sehingga lima lapisan di bawahnya.

BACA JUGA :   Projek Mustang Mampu Bantu Jana Pendapatan Tambahan.

Nilai yang paling minimum adalah RM2,400 untuk setahun dan tiada had maksimum. Dengan mendaftarkan diri bersama Tycoon Group, terdapat pebagai manfaat yang bakal ahli perolehi antaranya bonus tambahan, percutian kumpulan, gajet elektronik dan pelbagai lagi.

Anda tidak perlu ragu-ragu kerana pihak Tycoon Group menegaskan bahawa mereka menjalankan bisnes ini dengan sah dan mendapat perlindungan dari badan kerajaan. Tycoon Group juga mempunyai pejabat utama yang terletak di Kuala Lumpur. Anda berminat untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, ikuti laman media sosial  atau laman sesawang rasmi Tycoon Group.

Website : https://tycoongroup.my/   
Facebook : Tycoon Group 
Instagram : Tycoon Group 
Email : tycoon.groupwm@gmail.com 
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here