Ayuh segera mendaftar sebagai Delivery Partner atau Driver Safer untuk menjalankan kerja penghantaran pada bila-bila masa! Pendaftaran untuk menjadi Delivery Partner atau Driver adalah percuma sahaja. Safer menjalankan pelbagai jenis perkhidmatan menerusi aplikasi dalam talian.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan dan akan dilakukan oleh para Delivery Partner dan Driver adalah:

  1. Safer Ride – Menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Memiliki pelbagai kategori mengikut jenis kenderaan yang digunakan oleh rakan pemandu. Antara kategori tersebut adalah kategori pelbagai jenis kereta – SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge. Kategori yang menggunakan motosikal – Safer Swift.
  2. Safer Concierge – Menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang dan membantu dalam masa yang sama. Rakan pemandu akan menghulurkan bantuan yang diperlukan daripada permulaan masa temu janji sehingga tamat waktu temu janji.
  3. Safer Food – Menawarkan khidmat pemesanan dan penghantaran makanan kepada pengguna. Rakan penghantar akan menjadi Delivery Partner kepada rakan niaga Safer.
  4. Safer Delivery – Menawarkan khidmat penghantaran barangan tidak mengira saiz barangan. Pengguna akan memilih jenis kenderaan yang boleh memuatkan barangan mereka dan rakan penghantar akan menghantarnya mengikut kemahuan pengguna.

Jika anda menjadi antara Delivery Partner atau Driver Safer, anda akan melakukan pekerjaaan seperti yang di atas mengikut kesesuaian skop pekerjaan anda. Anda juga akan dapat bekerja dalam waktu pekerjaan yang fleksibel di samping boleh melakukan pekerjaan ini secara sampingan atau secara sepenuh masa.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Pasif Mencecah RM5,000 Sebulan Bersama Safer

Anda berminat untuk melakukan kerja penghantaran bersama Safer? Daftar dan buka akaun pekerja anda menerusi pautan http://tinyurl.com/ycetm3vh. Sewaktu melakukan pendaftaran anda akan dikehendaki untuk melampirkan beberapa maklumat diri dan kenderaan yang bakal anda gunakan sewaktu kerja-kerja penghantaran.

Antara butiran atau lampiran yang diperlukan adalah:
  • Kad pengenalan
  • Roadtax kenderaan
  • Insurans kenderaan
  • Akaun bank
  • Geran kenderaan
Dan berikut adalah syarat kelayakan untuk menjadi seorang Delivery Partner (Rider):
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet.
  • Tiada had buatan kenderaan yang ditetapkan.
Syarat kelayakan untuk menjadi Driver Safer pula adalah:
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Memiliki kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet
  • Had buatan kenderaan 2012 dan ke atas.

Lesen PSV dan EVP diperlukan sekiranya anda mendaftar sebagai Driver Safer.
(Lesen PSV perlu diperoleh di JPJ manakala Lesen EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.)

Delivery Partner dan Driver juga perlu memuat turun aplikasi Safer untuk Driver bagi memudahkan penerimaan kerja penghantaran dilakukan. Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon pintar rakan penghantar dan pemandu menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Hanya Dari Dapur Sendiri - Home Kitchen

Dalam pada menjalankan kerja-kerja penghantaran, anda juga boleh menjana pendapatan tambahan dengan mengaktifkan pendapatan pasif melalui akaun Safer anda. Pendapatan pasif ini akan dijana apabila anda berkongsikan referral code anda kepada orang ramai dan mereka membuka akaun Safer menggunakan referral code tersebut.

Anda akan peroleh 1% keuntungan daripada nilai resit yang diterima rakan penghantar lain atau nilai yang dibelanjakan pengguna. Lebih ramai individu yang mendaftar menggunakan referral code anda, lebih banyak peluang pendapatan pasif yang akan anda peroleh.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana pautan di bawah. Tambahan daripada itu, Safer juga akan menjalankan sesi LIVE di Facebook dan Instagram Safer. Sesi khas buat rakan penghantar dan pemandu akan dilakukan pada hari Khamis pukul 11.30 pagi.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here