Anda perlu menambahkan sumber pendapatan untuk melangsungkan kehidupan seharian? Mempunyai kenderaan yang boleh digunakan? Daftar sebagai rakan penghantar atau pemandu bersama Safer sekarang. Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda juga boleh menjana pendapatan sebagai rakan penghantar atau rakan pemandu Safer.

Apa itu Safer? Safer adalah sebuah aplikasi dalam talian yang telah dikeluarkan oleh Safer Group. Ia merupakan sebuah aplikasi dalam talian yang menawarkan pemesanan perkhidmatan secara dalam talian kepada penggunanya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer adalah:

  1. Safer Ride – Menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Mempunyai pelbagai jenis kenderaan yang boleh dipilih pengguna mengikut kategori pilihan seperti SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold, Safer Indulge dan Safer Swift.
  2. Safer Food – Menawarkan perkhidmatan pemesanan dan penghantaran makanan kepada pengguna/pelanggan. Mempunyai pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih dan kebanyakan vendornya adalah peniaga kecil-kecilan.
  3. Safer Delivery – Menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan dari satu lokasi ke lokasi lain atau banyak lokasi. Pengguna dapat memilih sama ada untuk melakukan penghantaran secara Single Delivery atau MultIple Delivery.
  4. Safer Concierge – Menawarkan perkhidmatan sebagai pembantu peribadi di mana pengguna boleh memesan pembantu mengikut tempoh masa yang ditentukan.

Disebabkan banyak tawaran perkhidmatan yang boleh dipesan, Safer memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk membantu dalam menjalankan perkhidmatan tersebut. Dengan itu, peluang pekerjaan untuk menjadi rakan penghantar dan pemandu telah dibuka kepada anda sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

BACA JUGA :   Peluang untuk Surirumah Pasarkan Bisnes Makanan di SAFER Food

Berikut adalah kriteria untuk menjadi seorang rakan penghantar (Delivery Partner):
  • Memiliki lesen kenderaan yang sah.
  • Mempunyai apa-apa kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  • Memiliki telefon pintar dengan akses internet (ios atau android).
  • Tiada tempoh buatan kenderaan yang ditetapkan.
Berikut pula adalah kriteria untuk menjadi rakan pemandu (Driver):
  • Memiliki lesen kenderaan yang sah dan penuh.
  • Mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal.
  • Memiliki telefon pintar dengan akses internet (ios atau android).
  • Mempunyai lesen PSV dan EVP.
  • Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.

Jika anda memenuhi mana-mana kriteria seperti yang di atas, anda sudah hampir melengkapkan diri dalam pengaktifan akaun di Safer. Sudah tahu kriteria, ayuh mendaftar pula sebagai rakan penghantar atau pemandu atau kedua-duanya sekali di http://tinyurl.com/ycetm3vh.

Sewaktu pendaftaran dilakukan, anda perlu melengkapkan beberapa butiran dan lampiran dokuman yang telah diminta untuk memudahkan urusan pengaktifan akaun. Antara butiran dan lampiran yang diperlukan adalah:

  • Gambar profil rakan penghantar atau pemandu
  • Lampiran dokumen dalam bentuk gambar atau PDF
    – Kad pengenalan
    – Lesen memandu dan insurans
    – Geran kenderaan
    – Roadtax kenderaan
    – Insurans kenderaan
    – Surat kebenaran kenderaan (jika perlu)
BACA JUGA :   Nikmati Dua Jenis Pendapatan Sebagai Rakan Penghantar Dan Pemandu Safer!

Setelah memberikan segala butiran yang diperlukan, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pengaktifan akaun sebagai rakan penghantar atau pemandu dihidupkan. Dalam pada itu, anda sudah boleh memuat turun aplikasi Safer Driver untuk menerima job.

SAFER driver APP STORE
https://apple.co/2ZvyNeX  

SAFER driver PLAY STORE https://bit.ly/2yp8ADH

Selain melakukan kerja-kerja penghantaran, rakan penghantar dan pemandu juga boleh jana pendapatan tambahan dengan berkongsikan referral code kepada pengguna yang masih belum mempunyai akaun Safer. Referral code ini perlu digunakan sewaktu mendaftarkan diri sebagai rakan penghantar serta pemandu dan pengguna Safer.

Sebanyak 1% pendapatan yang bakal anda peroleh apabila pengguna atau rakan penghantar serta pemandu menggunakan atau menjalankan mana-mana perkhidmatan Safer. Mahu jana pendapatan pasif dengan lebih banyak? Kongsikan referral code anda kepada sesiapa sahaja di luar sana.

Untuk maklumat lanjut atau tawaran menarik, anda boleh berhubung atau mengikuti Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here