Menteri Kanan Keselamatan telah melakukan sidang media berhubung dengan SOP sepanjang bulan Ramadan. Menerusi sidang media tersebut, kerajaan telah menyatakan standard terkini terhadap beberapa aktiviti. Perkara ini adalah berbeza kerana pada tahun lalu, ada sesetengah aktiviti tidak dapat dilakukan.

Pada tahun sebelum ini, kerajaan tidak membenarkan rakyat untuk datang berjemaah ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Berbeza pula pada tahun ini, kerajaan telah memberikan kebenaran kepada rakyat, umat Islam khususnya untuk kembali memeriahkan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan.

Perkara ini dibenarkan dengan pematuhan ketat dan penubuhan jawatankuasa pasukan bagi penyeliaan dan kawalan SOP jemaah. Tambahan dari itu, majlis berbuka puasa di surau dan masjid juga hanya dibenarkan kepada ahli jawatankuasa dan petugas surau atau masjid. Moreh pula masih tidak dibenarkan.

BACA JUGA :   Patuhi Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah

Di dalam sidang media tersebut juga, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjelaskan bahawa waktu operasi kedai makan dilanjutkan. Perubahan ini tertakluk kepada kedai makan seperti restoran, warung, gerai, dan “coffee house” yang berada di dalam hotel. Operasi perkhidmatan penghantaran makanan juga telah dilanjutkan.

Jika sebelum ini waktu operasi hanya dibenarkan sehingga 12 tengah malam, kerajaan telah melanjutkan tempoh tersebut kepada 6 pagi. Perkara ini hanya dibenarkan sepanjang bulan puasa sahaja. Keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira keperluan mereka yang mahu bersahur. Pelanggan boleh membungkus makanan atau makan secara dine-in seperti SOP biasa.

Adapun begitu, kedai makan yang terletak di dalam pasar raya atau pusat beli belah akan mengikuti waktu operasi pasar raya atau pusat beli belah tersebut. Selain itu, kerajaan juga telah membenarkan penganjuran majlis berbuka puasa dan buffet Ramadan. Penganjuran ini adalah tertakluk kepada SOP yang telah digariskan.

BACA JUGA :   SOP Aidilfitri: 6 Daerah Selangor Dikenakan PKP Bermula 6 Mei 2021

Sumber: Astro Awani

Anda mahu mencari pendapatan tambahan? Ayuh mendaftar sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer. Safer masih lagi menjalankan promosi 0% penolakan caj komisen.

Pendaftaran juga adalah percuma! Anda hanya perlu melengkapkan butiran dan dokumen yang diperlukan untuk mengaktifkan akaun rakan penghantar atau pemandu anda.

Mahu dapatkan maklumat dengan lebih lanjut? Hubungi atau ikuti Safer di

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here