Bermulanya bulan Ramadan menandakan banyaknya peniaga mencari tempat untuk berniaga di bazar. Adapun begitu, meskipun penganjuran bazar Ramadan boleh dilaksanakan pada tahun ini, terdapat tempat yang tidak menganjurkannya. Oleh yang demikian, Safer menawarkan peluang kepada para peniaga di luar sana untuk mencari platform lain untuk menjalankan perniagaan anda.

Safer menawarkan platform berniaga secara dalam talian di bawah Safer Food Merchant. Para peniaga akan menjadi vendor makanan di bawah perkhidmatan Safer Food. Bagi anda yang mahu mencuba peluang meluaskan platform perniagaan, anda boleh lakukan pendaftaran sekarang secara percuma.

Jika anda tiada tempat untuk berniaga seperti tapak perniagaan, premis, atau lain-lain, anda juga boleh berniaga bersama Safer. Safer memberikan peluang sama rata kepada semua penjual makanan di luar sana untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian. Peluang ini dibuka kepada peniaga kecil yang membuka gerai makanan tepi jalan, warung, home-kitchen, peniaga food-truck dan lain-lain.

Apa yang peniaga perlu lakukan adalah mendaftarkan perniagaan peniaga menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Adapun begitu, sewaktu pendaftaran, peniaga perlu menetapkan beberapa butiran dan menyertakan lampiran penting. Butiran dan lampiran tersebut diperlukan untuk memudahkan proses pengaktifan. Setelah pengaktifan dilakukan, barulah peniaga dapat berniaga secara dalam talian menerusi Safer Food.

Antara butiran dan lampiran yang diperlukan adalah:
  • Alamat premis perniagaan
  • Waktu perniagaan beroperasi
  • Menu berserta gambar makanan atau minuman yang dijual
  • Harga makanan dan minuman yang dijual
  • Butiran akaun bank
  • Kad pengenalan pemilik perniagaan
  • Lesen perniagaan
  • Lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Sijil Halal (diutamakan kepada peniaga bukan Islam)
BACA JUGA :   Kekurangan Stok Daging Arnab? Order Di Arnab Daulah Sekarang!!

Sekiranya anda sudah memberikan butiran dan lampiran yang diperlukan namun akaun anda masih belum diaktifkan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer untuk mendapatkan pengesahan. Selain melakukan pendaftaran menerusi laman sesawang rasmi Safer, peniaga juga boleh membuat pendaftaran menerusi aplikasi Safer.

Aplikasi Safer untuk Food Merchant boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Tambahan daripada itu, aplikasi ini juga akan digunakan oleh peniaga untuk menerima tempahan dan menyemak analisis perniagaan yang dijalankan bersama Safer. Akaun perniagaan akan dipegang sepenuhnya oleh peniaga dan beberapa tetapan seperti lokasi, waktu operasi, menu dan harga boleh diubah menerusinya.

Safer tidak memberikan device kepada peniaga sebaliknya peniaga boleh menggunakan telefon pintar untuk menerima pesanan. Untuk memudahkan urusan, peniaga boleh menetapkan tetapan ‘on’ pada ‘push notification’ supaya tidak terlepas pesanan dari pengguna.

Aplikasi Safer untuk Food Merchant adalah berbeza dengan aplikasi Safer untuk pengguna. Oleh itu, pastikan anda menggunakan aplikasi yang betul untuk membuat pendaftaran. Siapa yang akan memesan makanan menerusi Safer Food ini? Mestilah pengguna-pengguna Safer!

BACA JUGA :   Nikmati Pendapatan Bulanan Lumayan dengan SAFER

Untuk makluman, Safer masih lagi menjalankan promosi ‘Zero Commission’ iaitu penolakan kosong peratus dengan erti kata lain peniaga akan berniaga secara percuma di bawah Safer! Tidak hanya itu, peniaga boleh mendapatkan keuntungan berganda kerana peniaga akan mendapat 100% pulangan yang sama jika berniaga bersama Safer. Berapa nilai yang peniaga jual, itulah nilai yang akan peniaga peroleh.

Selain menjalankan perniagaan secara berdepan dengan pelanggan, peniaga juga boleh mendapatkan pendapatan dengan menjual secara dalam talian. Safer juga menawarkan khidmat penghantaran yang akan dilakukan oleh rakan penghantar Safer. Peniaga hanya perlu menyediakan pesanan makanan dan rakan penghantar akan menguruskan penghantaran pesanan tersebut.

Memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan peluang ini? Hubungi Safer menerusi platform di bawah. Selain itu anda juga boleh mengikuti sesi LIVE bersama Safer di Facebook dan Instagram Safer. Topik berkaitan Food Merchant akan dilangsungkan pada setiap Rabu jam 11.30 pagi. Ayuh sertai Safer dan gandakan pendapatan anda sekarang.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here