Belum cukup seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa. Bulan Ramadan yang penuh berkat ini sudah dicemari dengan penularan iklan-iklan Hari Raya oleh syarikat perjudian. Lebih mengecewakan adalah ada di antara pelakon merupakan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Rakaman video tersebut juga mempromosikan perjudian dengan menggunakan tema Hari Raya Aidilfitri yang sangat sinonim dengan perayaan bagi umat Islam. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana di sisi agama Islam sendiri, kegiatan berjudi ini adalah haram hukumnya.
Pengharaman judi dalam al-Quran adalah berlaku secara berperingkat. Pada awalnya, ayat 219 dari surah al-Baqarah menyebut:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”
Surah al-Baqarah (219)
Pada peringkat seterusnya, turun ayat 90 dari Surah al-Ma’idah yang menyebut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah al-Maidah: 90)
Kelmarin, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pemburuan ke atas sindiket utama yang melakukan produksi video tersebut. Menurut siasatan yang telah dijalankan, terdapat dua video yang telah tular dan kedua-duanya merupakan daripada produksi yang sama. Video tersebut jelas memaparkan promosi perjudian secara dalam talian.
Seramai sembilan individu telah ditahan setelah video pertama tular dan empat individu lagi ditahan setelah penularan video kedua. Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Tambahan dari itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mengatakan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang masih berdegil untuk memuat naik video tersebut di mana-mana media sosial. Ia terpakai untuk apa juga tujuan. Hal ini kerana kandungan kedua-dua buah video tersebut bukanlah suatu perkara yang baik.
Kini, pihak PDRM masih lagi mencari dalang utama di sebalik sindiket judi di dalam talian ini.
Sumber: BERNAMA, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Anda berminat untuk sambung pengajian di universiti luar negara di dalam bidang perubatan? Lakukan pendaftaran kemasukan ke Kursk State Medical University, Rusia bagi sesi April, Jun dan September 2021 sekarang!
Anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult bagi mendapatkan maklumat lanjut. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)