Pekerjaan sebagai rakan penghantar atau rakan pemandu tidak lagi asing bagi rakyat Malaysia. Wujud pelbagai jenis syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sebagai rakan penghantar dan pemandu. Sudah ramai juga di antara rakyat Malaysia yang telah berkecimpung di dalam dunia e-hailing dan p-hailing. Kerja-kerja penghantaran ini dilakukan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Oleh yang demikian, Safer diwujudkan untuk merancakkan lagi dan memberikan lebih banyak pilihan dan peluang pekerjaan. Safer dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia pada masa kini. Sehingga kini, Safer telah menawarkan peluang sebagai rakan penghantar dan pemandu pada mereka yang berada di Lembah Klang. Tawaran tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kini, mendekati setahun tempoh penubuhan Safer, ia bakal membuka lebih banyak peluang ke seluruh Malaysia terutama ke kawasan pantai timur. Melihatkan permintaan yang tinggi daripada pengguna, Safer dilihat bakal memenuhi permintaan tersebut tidak lama lagi. Oleh itu, jika anda merupakan rakyat Kelantan atau Terengganu atau mana-mana negeri sekali pun, anda boleh mendaftar bersama Safer.

Jika anda berminat untuk mendaftarkan diri sebagai rakan penghantar atau pemandu, anda boleh rujuk syarat kelayakan yang telah digariskan oleh Safer. Syarat kelayakan tersebut terbahagi kepada dua iaitu syarat sebagai rakan penghantar dan syarat sebagai rakan pemandu.

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menjadi rakan penghantar:
  • Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain kenderaan bermotor.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS dan Android).
  • Tiada had tahun dikenakan.
BACA JUGA :   Pendaftaran Sebagai Rakan Penghantar & Pemandu Masih Dibuka.

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menjadi rakan pemandu:
  • Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS dan Android).
  • Memiliki lesen PSV (diperoleh sendiri di JPJ) dan EVP (diuruskan oleh pihak Safer).

Jika anda memenuhi mana-mana syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan berminat untuk mendaftar, anda boleh terus mendaftar di pautan http://tinyurl.com/ycetm3vh. Selain di laman sesawang, anda juga boleh mendaftar menerusi aplikasi Safer untuk Driver di:

Apple App Store:
https://apple.co/2ZvyNeX

Google Play Store:
https://bit.ly/2yp8ADH

Sewaktu mendaftar anda akan dikehendaki untuk memberikan beberapa butiran dan dokumen penting. Untuk memudahkan urusan pengaktifan akaun, anda perlu mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan.

Berikut adalah antara butiran atau dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran. Anda boleh memilih untuk memuat naik dokumen tersebut di dalam bentuk gambar atau fail.

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Roadtax
  • Geran
  • Insurans
  • Akaun bank

Dengan memberikan butiran-butiran yang lengkap, pengaktifan akaun anda dapat dilakukan dalam masa 24 jam sahaja. Anda tidak perlu runsing kerana pendaftaran untuk menjadi rakan penghantar atau pemandu adalah percuma sahaja. Tambahan dari itu, anda dapat bekerja dengan waktu yang fleksibel di mana anda dapat memilih sama ada untuk menerima job atau sebaliknya.

BACA JUGA :   Daftar Sebagai Pengguna Safer dan Nikmati Segala Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Tambahan daripada itu, rakan penghantar dan pemandu juga dapat jana pendapatan pasif bersama Safer. Pendapatan pasif ini anda boleh terima setelah berkongsikan referral code anda kepada orang ramai yang masih belum mempunyai akaun Safer. Setiap kali pendaftar tersebut menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer atau rakan penghantar serta pemandu menerima job, anda akan terima 1% pulangan daripada nilai resit.

Di bawah adalah jenis perkhidmatan yang akan dijalankan oleh rakan penghantar dan pemandu.

Safer Ride & Safer Swift – Lakukan penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pengguna akan memilih jenis kategori kenderaan yang mahu dinaiki.

Safer Food – Khidmat penghantaran makanan dari pihak peniaga ke pemesan. Memastikan makanan yang dipesan selamat tiba kepada pengguna.

Safer Delivery – Lakukan penghantaran barangan. Terdapat dua kategori penghantaran dengan perbezaan tetapan lokasi.

Untuk ketahui promosi terkini yang sedang atau bakal dianjurkan oleh Safer, ikuti platform media sosial Safer di:

Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan tawaran atau servis yang ditawarkan oleh Safer, hubungi pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here