Perhatian kepada anda di luar sana yang mahu mencari pendapatan tambahan atau yang sedang mencari peluang pekerjaan! Safer masih lagi membuka peluang kepada anda di luar sana untuk menjalankan kerja penghantaran sebagai rakan penghantar dan pemandu bersama Safer. Jika anda mempunyai kenderaan yang boleh digunakan untuk menjalankan kerja-kerja penghantaran, segera mendaftar bersama Safer sekarang!
Tidak hanya kepada anda di sekitar Lembah Klang, Safer juga sudah membuka peluang yang luas kepada anda yang berada di negeri pantai Timur berserta Johor. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendaftar segera dan menjalankan kerja penghantaran bersama Safer tanpa ada caj penolakan komisen.
Safer sedang menjalankan promosi ‘Zero Commisson’ kepada semua rakan penghantar dan pemandu yang berdaftar di bawah Safer. Promosi ini masih lagi dijalankan dan pihak Safer masih belum menetapkan tarikh akhir bagi pelaksanaan promosi ini. Oleh itu, pastikan anda rebut peluang untuk segera mendaftar dan menjalankan kerja penghantaran bersama Safer dengan percuma.
Pendaftaran untuk menjadi rakan penghantar dan pemandu Safer juga adalah percuma. Anda hanya perlu lakukan pendaftaran secara dalam talian dan memberikan dokumen yang diperlukan kepada admin Safer. Melalui pendaftaran tersebut, kelayakan anda akan ditapis dan jika anda menepati syarat yang telah digariskan, anda boleh terus bekerja sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer.
Pendaftaran menerusi laman sesawang rasmi Safer: https://tinyurl.com/y9tj7vv2
Berikut adalah antara syarat kelayakan untuk menjadi rakan penghantar Safer:
- Memiliki lesen memandu yang sah.
- Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
- Memiliki telefon pintar dengan akses internet (Android atau iOS.)
Rakan penghantar Safer boleh menjalankan kerja-kerja penghantaran menerusi perkhidmatan Safer Food dan Safer Delivery. Penghantaran makanan serta barangan akan dilakukan menggunakan kenderaan yang bersesuaian dengan kapasiti dan keperluan pengguna.
Berikut adalah antara syarat kelayakan untuk menjadi rakan pemandu Safer:
- Memiliki lesen memandu yang sah.
- Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
- Buatan tahun kenderaan 2012 dan ke atas.
- Memiliki telefon pintar dengan akses internet (Android atau iOS.)
- Mempunyai lesen PSV yang perlu diperoleh di JPJ.
- Lesen EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.
Kerja-kerja rakan pemandu secara khususnya melibatkan penghantaran penumpang menerusi perkhidmatan Safer Ride dan Safer Swift. Safer Ride merupakan sebuah perkhidmatan e-hailing yang biasa dan menawarkan kategori jenis kereta yang pelbagai. Bagi Safer Swift, ianya adalah sebuah perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan motosikal seperti perkhidmatan ‘ojek’ yang terdapat di Indonesia.
Rakan penghantar dan pemandu bakal menjalankan kerja-kerja penghantaran setelah menerima pesanan daripada aplikasi Safer Driver. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Untuk memudahkan rakan penghantar dan pemandu mendapatkan job atau tempahan, anda boleh ‘GO ONLINE’.
Anda akan menerima pesanan atau tempahan menerusi aplikasi tersebut dan menjalankan kerja-kerja penghantaran tersebut. Sebelum itu, anda perlu melengkapkan dokumen untuk memudahkan pengaktifan akaun dilakukan oleh pihak Safer. Jika dokumen-dokumen atau butiran tidak dilengkapkan sepenuhnya, akaun anda mungkin tidak dapat diaktifkan dalam masa 24 jam.
Oleh itu, antara dokumen yang diperlukan sewaktu mendaftar adalah geran kenderaan, kad pengenalan, road tax, insurans kenderaan, butiran akaun bank dan lain-lain. Jika anda berminat, anda boleh mendaftar sekarang dan menjalankan pekerjaan dengan waktu bekerja yang fleksibel.
Selain menjalankan kerja penghantaran dan mendapatkan pendapatan aktif, anda juga boleh mendapatkan pendapatan tambahan lain menerusi pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini boleh diperoleh dengan berkongsikan referral code anda kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer.
Anda akan terima 1% keuntungan setiap kali pendaftar referral menggunakan atau menjalankan mana-mana perkhidmatan Safer. Semakin ramai pendaftar menggunakan referral code anda, semakin tinggi pendapatan yang boleh anda dapatkan. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan tawaran perkhidmatan atau promosi yang ditawarkan oleh pihak Safer, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform yang berikut.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup