Kehidupan pada masa pandemik COVID-19 agak membimbangkan. Lebih-lebih lagi ia melibatkan nyawa diri sendiri dan orang sekeliling. Tidak hanya itu, pengurusan dalam menangani kesan daripada pandemik memberikan impak lain kepada pelbagai sektor, ekonomi terutamanya. Oleh itu, bagi anda yang berasa terkesan akibat perubahan ekonomi yang mendadak pada ketika ini, anda boleh mencari kerja alternatif lain.

Jika anda mempunyai kenderaan dan mahu melakukan kerja-kerja penghantaran dengannya, Deenamik menggalakkan anda untuk mendaftar bersama Safer. Safer masih lagi membuka peluang kepada anda di luar sana untuk menjadi sebahagian daripada Driver dan Delivery Partner Safer.

Antara kelebihan yang boleh anda peroleh jika mendaftar bersama Safer adalah anda boleh melakukan pendaftaran secara percuma sahaja. Tambahan itu, anda dapat bekerja dengan waktu yang lebih fleksibel atau mengikut kelapangan masa anda. Anda juga boleh mendapatkan thermal box dan baju jika anda mahu.

Kini, Safer masih lagi menjalankan promosi Sifar caj penolakan komisen kepada semua Driver dan Delivery Partner yang berdaftar bersama Safer. Oleh itu, Driver dan Delivery Partner dapat menjalankan kerja penghantaran bersama Safer tanpa ada apa-apa penolakan caj komisen. Anda boleh bekerja bersama Safer dengan percuma sahaja. Berikut adalah beberapa syarat kelayakan untuk menjadi Driver dan Delivery Partner Safer.

BACA JUGA :   Pendaftaran Sebagai Safer Delivery Partner Adalah Percuma, Pengaktifan Dalam Masa 24 Jam

Syarat menjadi Driver Safer:

  • Mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Buatan kenderaan tahun 2012 dan ke atas.
  • Memiliki lesen PSV dan e-hailing insurance.
  • Lesen EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS atau Android).

Syarat menjadi Delivery Partner Safer:

  • Mempunyai mana-mana kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS atau Android).

*Untuk menjadi Delivery Partner, lesen PSV atau e-hailing insurance tidak diperlukan.

Peluang ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan. Yang penting anda haruslah berumur 18 tahun dan ke atas. Terdapat juga beberapa keperluan dokumen yang lain seperti maklumat diri dan maklumat kenderaan.

Antara dokumen lain yang diperlukan adalah kad pengenalan, geran kenderaan, road tax, insurans dan lain-lain. Jika anda berjaya untuk melengkapkan permohonan ketika pendaftaran, akaun anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja. Tidak cukup dengan itu, anda boleh mendapatkan pendapatan pasif dengan cara perkongsian referral code.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Pasif Dan Nikmati Promosi Potongan Harga Sebanyak RM3.

Sekiranya anda mendaftar bersama Safer, anda akan menjalankan kerja-kerja penghantaran yang telah ditawarkan oleh pihak Safer.

Berikut adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan:

Safer Ride

Perkhidmatan penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Memerlukan Driver Safer untuk melakukan kerja penghantaran penumpang. Penumpang dapat memilih jenis kenderaan yang dimahukan mengikut kategori yang telah ditawarkan.

Safer Swift

Merupakan khidmat penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain menggunakan motosikal.

Safer Delivery

Menawarkan khidmat penghantaran barangan oleh Delivery Partner. Pengguna boleh memilih untuk Single Delivery atau Multiple Delivery.

Safer Food

Perkhidmatan pemesanan dan penghantaran makanan daripada peniaga kepada pengguna Safer. Delivery Partner diperlukan untuk mengambil pesanan dan menghantarnya kepada pengguna.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan peluang ini, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi platform yang berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here