Pada satu sidang media yang terkini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin telah ditanya berkenaan penglibatan negeri Sarawak dalam penggunaan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca. Pertanyaan ini telah diajukan kerana terdapatnya seorang menteri menyatakan bahawa AstraZeneca bukan untuk Sarawak.
Meskipun begitu, Khairy menyatakan bahawa diharapkan Sarawak dapat mempertimbangkan perkara ini setelah melihat tindak balas rakyat terhadap permohonan sukarelawan AstraZeneca.
Perkara ini dibangkitkan ketika Khairy Jamaluddin sedang membentangkan maklumat berkaitan PICK di dalam sidang media. Hal Ini kerana baru-baru ini, permohonan untuk menjadi sukarelawan bagi pengguna vaksin AstraZeneca telah dibuka. Mengikut laporan sepanjang tiga jam permohonan dibuka, ianya telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.
Sebanyak 260,000 slot temu janji telah diperoleh daripada permohonan tersebut. Secara umumnya, ada di antara rakyat yang telah menarik diri daripada permohonan vaksin menerusi MySejahtera melakukan permohonan sukarelawan AstraZeneca. Dengan ini, ia menunjukkan keyakinan rakyat terhadap vaksin jenis AstraZeneca.
Laman web rasmi Vaksin Malaysia: https://www.vaksincovid.gov.my/
Sumber: Sidang Media Perkembangan PICK 3 Mei 2021
Anda mahu jana pendapatan tambahan sebagai rakan penghantar atau pemandu? Daftar secara percuma bersama Safer sekarang! Anda boleh melakukan kerja-kerja penghantaran barangan, makanan dan penumpang.
Hubungi pihak Safer untuk ketahui maklumat lanjut atau syarat kelayakan yang diperlukan untuk menjadi rakan penghantar atau pemandu. Bagi maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi pihak Safer menerusi platform yang berikut:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup