Seperti yang diketahui, lanjutan pengajian di universiti luar negara tidaklah semudah sambung pengajian di Malaysia. Perkara ini diikuti dengan beberapa prosedur tambahan yang diperlukan untuk sambung pengajian di universiti luar negara tersebut. Antara keperluan lain adalah pelajar perlu menyediakan pasport, visa, dan lain-lain dokumen pengesahan yang dijangka boleh mengambil masa yang lama.

Semua itu merupakan prosedur sebelum berangkat ke universiti luar negara. Belum lagi semasa pengajian berlangsung di sana atau selepas tamat pengajian. Apa yang ditakuti oleh pelajar atau ibu bapa sekiranya pelajar sambung pengajian di luar negara adalah pengiktirafan sijil yang diperoleh. Deenamik yakin ada di antara ibu bapa atau pelajar yang merasa ragu-ragu untuk membenarkan pelajar menyambung pengajian di universiti luar negara atas faktor ini.

Dengan itu, Daulah Educonsult sedia menghulurkan solusi kepada kebimbangan anda. Agensi ini merupakan agensi Konsultasi Pendidikan yang menawarkan khidmat konsultasi kepada pelajar. Pihak konsultan akan memberikan panduan untuk memudahkan para pelajar dan ibu bapa membuat keputusan. Antara negara pilihan yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult adalah Bangladesh.

BACA JUGA :   Rahsia Kebaikan Biji Chia

Bangladesh merupakan sebuah negara yang memiliki majoriti penduduk Islam, maka kebimbangan terhadap makanan halal tidak menjadi isu. Meskipun tidak terkenal sebagai destinasi pelancongan, negara ini mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Dalam pada itu, terdapat juga universiti-universiti berkualiti tinggi yang boleh dijadikan sebagai tempat sambung pengajian buat pelajar.

Tidak hanya berkualiti tinggi, ianya juga merupakan universiti yang diiktiraf oleh agensi kerajaan Malaysia seperti MQA, JPA, KPT, MMC dan MDC. Bidang pengajian yang ditawarkan juga adalah di dalam bidang sains kesihatan seperti perubatan, pergigian dan veterinar. Antara universiti di Bangladesh yang telah mendapat pengiktirafan daripada MQA adalah:

  1. Dhaka Medical College
  2. Dhaka Dental College
  3. Mymensingh Medical College
  4. Chittagong Medical College
  5. M.A.G Osmani College
  6. Bangladesh Agricultural University

Sesi kemasukan bagi negara Bangladesh adalah pada bulan Januari namun pendaftaran kemasukan boleh dilakukan pada bila-bila masa menerusi Daulah Educonsult. Adapun begitu, pelajar perlu lakukan pendaftaran segera sebelum kuota penuh atau tempoh permohonan ditutup. Permohonan ini boleh dilakukan oleh pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan lain-lain yang setaraf.

BACA JUGA :   Tokoh-Tokoh Perubatan Islam Yang Mahsyur

Lanjutan pengajian ke universiti adalah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Dengan itu, sekiranya pelajar lepasan SPM dan setaraf mahu mendaftar masuk ke universiti tersebut, pelajar boleh mendapatkan program asasi bersama Kolej Kerjasama Daulah.

Antara syarat kelayakan yang diperlukan adalah:
  • SPM, IGCSE @ setaraf: Minimum B bagi semua subjek Sains.
  • Asasi, Matrikulasi, STPM, Diploma @ setaraf: Minimum 3.0 dan ke atas.

Adapun begitu, jika pelajar mempunyai keputusan selain daripada syarat kelayakan yang diperlukan, pelajar boleh mendapatkan khidmat konsultasi bersama Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform yang berikut:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult 
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here