Bidang sains kesihatan merupakan satu bidang yang sangat penting kepada kehidupan manusia sejagat. Perkara ini dikatakan kerana ianya boleh melibatkan proses kebergantungan sama ada hidup atau mati. Sains kesihatan juga mempunyai lingkungan pendidikan yang sangat luas dan merangkumi pelbagai bidang gerak kerja di dunia. Namun begitu, di dalam konteks umum, bidang perubatan merupakan bidang utama bagi sains kesihatan.

Pengamal perubatan adalah di antara golongan yang sangat diperlukan di dunia. Oleh itu, jika anda berminat untuk mendapatkan pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, anda boleh mendaftar kemasukan ke Universitas Sumatera Utara, Indonesia. Permohonan pendaftaran telah dibuka lebih awal kepada pelajar oleh Daulah Educonsult bagi sesi 2021.

Latar Belakang Universitas Sumatera Utara

Mudah dikenali sebagai USU, ia bermula dengan penubuhan Yayasan Universitas Sumatera Utara pada 4 Jun 1952. Ia dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara untuk memenuhi keinginan masyarakat Indonesia untuk mendapatkan pendidikan. Terdapat pelbagai program bidang yang ditawarkan di USU.

BACA JUGA :   Nak Belajar Di Luar Negara? Ini Sebab Kenapa Turki Wajib Menjadi Pilihan Utama

Namun, hanya beberapa bidang sahaja yang ditawarkan melalui Daulah Educonsult iaitu Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Berikut adalah perincian program bidang yang ditawarkan di USU.

Perubatan

Kredit: https://www.usu.ac.id/id/fakultas-kedokteran.html

Fakulti Kedokteran USU telah dibangunkan sekitar tahun 1952, ia merupakan antara fakulti paling awal yang telah dibangunkan di USU. Pelajar akan belajar selama lima setengah tahun untuk melengkapkan sijil Ijazah Sarjana Muda.

Pergigian

Kredit: https://www.usu.ac.id/id/fakultas-kedokteran-gigi.html

Dibangunkan sekitar 1961, Fakulti Kedokteran Gigi di USU memiliki sepuluh jabatan di dalam pergigian perubatan. Tempoh pengajian di fakulti perubatan adalah menyamai tempoh pengajian bidang perubatan iaitu selama 5 dan setengah tahun.

Farmasi

Kredit: https://www.usu.ac.id/id/fakultas-farmasi.html

Dibuka pada tahun 1969 di bawah Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam, ia merupakan salah satu inisiatif untuk mempelbagaikan lagi universiti yang menawarkan bidang Farmasi kepada masyarakat. Tempoh pengajian bagi bidang Farmasi pula adalah selama 4 tahun sahaja.

Sebagai makluman umum, syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk melanjutkan pengajian di Universitas Sumatera Utara adalah:
  1. Merupakan pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ Matrikulasi/ Diploma/ Asasi/ Diploma/ STPM atau lain-lain yang setaraf.
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya B bagi setiap subjek wajib sains seperi Biologi, Kimia dan Fizik dalam SPM.
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya 3.0 bagi pangkat keseluruhan pengajian.
BACA JUGA :   Universiti Di Rusia Buka Peluang Belajar Dalam Pelbagai Bidang!

Jika pelajar merupakan pelajar yang memang berminat untuk menyambung pengajian di universiti ini, permohonan langsung boleh dilakukan bersama Daulah Educonsult. Konsultan Daulah Educonsult sedia untuk membimbing pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang dimahukan. Pihak Daulah Educonsult akan memberikan sesi konsultasi secara percuma.

Tidak hanya ke USU, Daulah Educonsult juga menawarkan pendaftaran pengajian ke universiti dan negara yang lain seperti Rusia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Terdapat beberapa lagi program bidang yang ditawarkan mengikut universiti seperti veterinar, pengajian Islam, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform yang berikut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here