Perhatian kepada bakal pelajar perubatan di luar sana! Deenamik nak ceritakan satu peluang terbaik untuk anda yang boleh anda pertimbangkan. Salah satunya adalah berkenaan peluang atau tawaran sambung belajar dalam bidang perubatan di universiti luar negara. Untuk lebih tepat lagi, peluang untuk sambung belajar di universiti perubatan terbaik di Rusia iaitu Kursk State Medical University (KSMU).

KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY

KSMU merupakan sebuah universiti perubatan yang telah ditubuhkan pada 7 Februari 1935. Ianya mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri berbanding universiti perubatan yang lain. Menawarkan bidang program pra-perubatan dan perubatan, KSMU membuka peluang kepada pelajar luar negara yang lain untuk sambung pengajian di sana.

Sejak penubuhannya, ia telah melahirkan lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan pengamal perubatan profesional. Sistem pembelajaran yang telah dijalankan dilihat sangat efisien dan membantu kepada pelajar. Para pelajar akan mengikuti kuliah umum dan kemudian diikuti dengan sesi kelas secara berkumpulan untuk memantapkan ilmu.

Sesi soal jawab dan kuiz bersama tenaga pengajar juga kerap kali dijalankan semasa pembelajaran berlangsung. Tenaga pengajar turut memberikan kerjasama yang tinggi meskipun latar belakang pelajar adalah berbeza-beza. Kemudahan yang disediakan kepada pelajar turut menjadi punca mengapa KSMU menjadi salah satu universiti yang terkenal di kalangan pelajar bidang sains di Malaysia.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Pengajian Ke Rusia & Indonesia

Adapun begitu, semenjak penularan pandemik COVID-19, pelajar-pelajar telah pulang ke tanah air dan kini sedang menjalankan pembelajaran secara dalam talian. Pembelajaran telah dilangsungkan secara online meeting dan situasi pengajian tidak jauh beza semasa pengajian dijalankan secara bersemuka.

Untuk makluman, waktu pengajian telah dilaksanakan mengikut waktu negara Rusia. Adapun begitu, pihak pengurusan telah menetapkan waktu pengajian yang bersesuaian kepada pelajar untuk diikuti. Dengan ini, pelajar akan lebih mudah untuk mengadaptasi keadaan. Pengajian latihan perubatan juga telah dijalankan di dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, pelajar baharu tidak akan berasa kekok untuk sambung pengajian di universiti ini meskipun secara dalam talian. Adapun begitu, pelajar boleh juga memulakan kelas latihan sendiri untuk mempelajari bahasa Rusia. Jika pelajar benar-benar berminat, pelajar boleh mendaftar kemasukan ke universiti menerusi Daulah Educonsult.

TAWARAN KE KSMU

Tawaran sambung belajar di KSMU telah dibuka untuk sesi kemasukan Jun/Julai. Oleh itu, pastikan anda segera mendaftar dan mendapatkan semua maklumat yang diperlukan bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang menjadi platform untuk pelajar sambung belajar di luar negara.

Selain ke KSMU, Daulah Educonsult turut menawarkan peluang sambung belajar di universiti-universiti terbaik yang lain sekitar Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana capaian seperti yang tertera di akhir artikel.

BACA JUGA :   Makanan Khas dari Mesir

Selain menawarkan sistem pembelajaran dan kemudahan yang terbaik kepada pelajar, KSMU juga menawarkan yuran di dalam bidang perubatan yang sangat berpatutan. Jenis yuran juga adalah LOCK FEE di mana ia tidak akan berubah mengikut mana-mana aliran perubahan mata wang dunia. Ia juga merupakan antara yuran pengajian bidang perubatan yang termurah di Rusia.

SYARAT KELAYAKAN

Disebabkan KSMU merupakan universiti perubatan, hanya pelajar yang mengambil subjek sains tulen seperti Biologi, Kimia dan Fizik sahaja boleh mendaftar. Tambahan, keputusan bagi subjek-subjek tersebut perlulah minimum B dan CGPA 3.0 bagi pelajar lepasan Asasi, Diploma dan setaraf.

Adapun begitu, jika pelajar tidak mengambil subjek-subjek seperti yang dinyatakan di atas, pelajar boleh mendapatkan bimbingan daripada Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult sedia memberikan bimbingan dan konsultasi terbaik kepada pelajar. Buat anda yang tertanya-tanya adakah KSMU ini diiktiraf. Universiti ini telah mendapat pengiktirafan daripada MMC, MQA dan JPA. Jadi anda tidak perlu bimbang mengenainya.

Apa yang anda tunggu lagi, dengan keputusan trial SPM pun boleh memohon! Jom hubungi Daulah Educonsult sekarang!

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here