Anda berminat untuk sambung belajar bidang perubatan di Indonesia? Mahu ketahui universiti apa yang boleh dipilih dan diiktiraf oleh Malaysia? Ayuh baca artikel ini sehingga habis. Sebelum itu, adakah anda tahu apakah langkah yang perlu dilakukan untuk sambung belajar di luar negara? Antara langkah yang perlu dilakukan adalah mempersiapkan salinan dokumen penting, persediaan pasport, visa, yuran pengajian, pencarian rumah sewa, dan banyak lagi!

Langkah-langkah ini perlu anda lalui sendiri jika anda memilih untuk sambung pengajian tanpa bimbingan agensi konsultasi pendidikan. Namun, jika anda memilih langkah yang sebaliknya, segala perjalanan langkah untuk sambung belajar di luar negara menjadi lebih mudah. Antara agensi konsultasi pendidikan yang ada di Malaysia adalah Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult sedia membimbing anda yang berminat untuk sambung pengajian dalam bidang yang diminati mengikut universiti yang ditawarkan. Agensi ini juga menawarkan sesi konsultasi secara percuma kepada anda yang mahu diberikan bimbingan. Selain daripada itu, Daulah Educonsult juga menawarkan pendaftaran kemasukan di antara universiti terkemuka yang ada di Indonesia.

BACA JUGA :   Belajar Menerusi Madrasah Daulah Tanpa Sijil.

Berikut adalah antara pilihan universiti yang menawarkan bidang perubatan Indonesia.

  1. Universitas Sumatera Utara, Medan

    Universitas Sumatera Utara
  2. Universitas Airlangga, Surabaya
  3. Universitas Hasanuddin, Jogjakarta
  4. Universitas Padjadjaran, Bandung

    Univeristas Padjadjaran
  5. Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta
  6. Universitas Brawijaya, Malang
  7. Universitas Andalas, Padang

    Universitas Andalas

Anda tidak perlu bimbang kerana universiti-universiti yang ditawarkan telah mendapat kelulusan daripada pihak MQA. Untuk kemudahan yang lebih lanjut, semakan kelayakan boleh dilakukan menerusi pautan https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm. Pilihan universiti juga telah mempunyai pengiktirafan daripada agensi dalam dan luar negara.

Selain bidang perubatan, terdapat juga bidang-bidang lain mengikut universiti yang boleh dipilih. Antara bidang yang ditawarkan adalah seperti pergigian, farmasi, veterinar, Usuluddin, syariah, Bahasa Arab, Psikologi dan lain-lain. Ia terpecah kepada dua bidang utama iaitu bidang sains kesihatan dan pengajian Islam.

Tempoh pengajian paling panjang adalah selama 6 tahun dan yang paling pendek adalah selama 4 tahun. Tempoh ini bergantung pada bidang apa yang telah dipilih. Tempoh 5 ke 6 tahun adalah untuk pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian. Manakala bagi pengajian selama 4 tahun, tempoh tersebut akan dilalui oleh pelajar yang mengambil bidang farmasi dan semua program pengajian Islam.

Bidang pengajian yang dipilih juga dipengaruhi oleh keputusan peperiksaan terkini anda, namun begitu, untuk mendapatkan kepastian, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Daulah Educonsult.

Indonesia mungkin menjadi antara negara yang diminati kerana ianya terletak berdekatan dengan Malaysia. Dengan itu, cara komunikasi dan interaksi antara budaya mungkin tidak berbeza terlalu banyak. Pertukaran nilai mata wang juga menjadi salah satu sebab negara ini menjadi pilihan. Dengan ini, kos sara hidup yang rendah mungkin menjadi kelebihan yang ada di Indonesia.

Peluang ini terbuka kepada lepasan SPM, IGCSE, O-Level, A-Level, STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain lepasan setaraf. Tujuan sambung belajar adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jika anda merupakan di antara pelajar lepasan-lepasan seperti yang dinyatakan dan anda berminat untuk sambung pengajian di luar negara, anda boleh hubungi Daulah Educonsult menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here