Safer Food Merchant menawarkan peluang kepada para peniaga di luar sana untuk menjana pendapatan melalui platform dalam talian. Bukan sekadar anda dapat menjalankan perniagaan secara dalam talian, anda juga dapat menikmati promosi terhebat yang sedang dilangsungkan oleh Safer.

Safer kini sedang menjalankan promosi ‘Zero Commission’ kepada vendor makanan yang telah mendaftar bersama Safer Food Merchant. Melalui promosi ini, vendor tidak akan dikenakan sebarang caj penolakan sepanjang melakukan perniagaan menerusi platform Safer.

Promosi ini diadakan untuk memberikan kemudahan kepada semua peniaga yang sedang bergelut melawan pergolakan ekonomi sepanjang pandemik COVID-19. Dengan itu, peniaga dapat menikmati keuntungan penuh meskipun menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Safer? Mari lihat apakah antara butiran dan dokumen penting yang diperlukan semasa pendaftaran dilakukan.
  1. Kad pengenalan peniaga
  2. Lesen/ permit perniagaan
  3. Lesen SSM
  4. Sijil Halal
  5. Butiran akaun bank
BACA JUGA :   Promosikan Perniagaan Anda Melalui Safer Food.
Butiran perniagaan anda seperti
  • Lokasi perniagaan
  • Waktu perniagaan (hari dan masa)
  • Menu makanan atau minuman (berserta gambar)
  • Harga yang telah ditetapkan oleh peniaga

Semasa pendaftaran dilakukan, pihak peniaga diperlukan untuk mengemukakan salinan lampiran dokumen sama ada dalam bentuk gambar atau fail PDF. Peniaga perlu mengisi dengan sempurna atau lengkap untuk memastikan pendaftaran peniaga untuk menjadi vendor Safer dapat dilakukan dalam masa 24 jam.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Safer atau aplikasi Safer untuk Food Merchant. Anda boleh klik mana-mana pautan untuk mula mendaftar.

Pendaftaran melalui laman sesawang rasmi Safer
https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Pendaftaran melalui aplikasi

Untuk pengetahuan, aplikasi ini juga akan digunakan oleh peniaga untuk menerima atau melakukan sebarang transaksi pesanan. Safer tidak menggunakan devices seperti kebanyakan platform perniagaan lain untuk meminimumkan penggunaan tenaga. Pesanan akan diterima oleh peniaga melalui aplikasi tersebut dengan cara notifikasi masuk.

BACA JUGA :   Gunakan SAFER Delivery Sebagai Jalan Mudah untuk Hantar Barang

Safer menawarkan khidmat penghantaran pesanan oleh rakan penghantar Safer. Dengan itu, peniaga hanya perlu menyiapkan pesanan pengguna dan menunggu rakan penghantar untuk mengambil pesanan dan menghantarnya kepada pemesan.

Jika peniaga mempunyai sebarang kesulitan ketika mendaftar atau peniaga tidak dapat memenuhi mana-mana dokumen yang diperlukan, peniaga boleh mendapatkan khidmat bantuan daripada Safer Food Merchant. Safer Food Merchant menyediakan kelas untuk para peniaga. Tempahan untuk menyertai kelas bersama Safer Food Merchant boleh dilakukan menerusi pautan di bawah.

>> https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood <<

Untuk sebarang respons pantas atau pertanyaan kepada admin Safer, anda boleh mengemukakan soalan menerusi mana-mana platform di bawah:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here